Orang Paling Kuat

 OLEH: Dr Idris Sulaiman



Orang yang paling kuat ialah orang yang bertawakal sepenuhnya kepada Allah ﷻ.

Kata sebahagian ulama Salaf:

“Barang siapa mahu jadi orang paling kuat maka hendaklah dia bertawakal kepada Allah.”

[Zad al-Ma’ad, Ibnu al-Qayyim, 2/364]

Sebagaimana firman Allah ﷻ:

وَعَلَى ٱللَّهِ فَتَوَكَّلُوٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ

“Kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah jika benar kamu orang-orang yang beriman"

[Al-Quran, al-Maa’idah, 05:23]

FirmanNya ﷻ:

وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ

“Barang siapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).”

[Al-Quran, al-Talaq, 65:3]

Orang yang beriman ialah orang yang bertawakal sepenuhnya kepada Allah ﷻ, bergantung dan berharap kepadaNya semata-mata, bukan kepada manusia lain, jauh lagi bergantung pada diri sendiri.

Kerana tiada kuasa dan tiada perubahan kecuali dengan izin Allah ﷻ.

Adapun ucapan seperti ‘yakin boleh’ (believe in yourself), ‘kejayaan di tangan anda’, anda mampu melakukannya’(you can do it) dan ‘trust no one but yourself’ menyalahi akidah Islam.

Sebaiknya diganti kepada ‘berserah pada Allah’, ‘mintalah kejayaan daripada Allah’, ‘mohonlah agar Allah permudahkan’, ‘tiada apa yang mustahil bagi Allah’ dan seumpamanya.


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments