Asyairah Sufiyyah

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


Golongan yang memperlihatkan tauhid sebagai syirik manakala syirik dikatakan tauhid.

Menetapkan sifat-sifat Allah berdasarkan firman Allah ﷻ dan sabda Nabi ﷺ dikatakan tajsim, menjisimkan Allah ﷻ seperti makhluk yang syirik lagi kufur, kata mereka.

Manhaj metodologi mereka ialah takwil dan tafwid, memalingkan zahir makna sifat-sifat Allah ﷻ kepada makna-makna yang bersesuaian dengan akal falsafah mereka lalu kesudahannya mereka menyembah Tuhan yang mereka tidak tahu di mana.

Mereka mendakwa menjadi pengikut Imam Syafie tetapi tidak pula mahu mengikuti akidah ataupun manhaj Imam Syafie.

Imam Syafie bermanhaj Salaf al-Soleh, rahimahullah.

Kata Imam al-Sabuni al-Syafie (wafat 449H):

“Golongan Ahli Hadis bersaksi bahawa Allah ﷻ di atas langit tujuh, di atas Arasy, meninggi dan tetap seperti mana yang difirmankanNya dalam KitabNya...”

Beliau kemudian menjelaskan bagaimana Imam Syafie mensyaratkan dalam permasalahan pembebasan hamba sahaya bahawasanya hamba itu perlu Muslim berdasarkan hadis ‘Allah di atas langit’ dalam Sahih Muslim.

[Akidah al-Salaf Wa As’hab al-Hadis, hlm. 175-188]

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.



[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments