Isu Dua Imam Dan Imam Masbuk

 OLEH: Taufiq Tuah

Tadi sempat sembang dengan Thalhah pasal keadaan surau yang ditumpanginya solat jemaah. Berlakunya di Surau Saidina Ali, Putrajaya. So orang Putrajaya sila take notes.

Kisahnya macam ni,

Dia dah sampai surau tu masa azan. Surau ni ada imam ratib lah. Lepas azan, terus ada pelajar2 sekolah berdekatan (baru habis sekolah) buat jemaah dekat bahagian belakang dewan solat mendahului imam ratib.

Maklumlah imam kan biasa tunggu 10 min after azan baru iqamah. Tapi pelajar² ni dah solat jemaah dulu di belakang. Lalu imam ratib pun nak iqamah (sebab dah 10 min) tapi jemaah di belakang belum pun selesai. Dah pula seolah-olah ada dua jemaah pula di surau tu.

Membincangkan hal ni, kalau kita di situasi ni apa kita nak buat?


1. Sepatutnya pelajar² tadi tak boleh mendahului imam ratib. Jika mereka dah mendahului, sepatutnya mereka mufarakah (batalkan solat tu) dan ikuti imam ratib yang baru bermula.


2. Jelas perlu mengutamakan imam ratib kerana mereka yang bertanggungjawab atas surau tersebut. Tambahan lagi mereka ialah wakil² daripada pemerintah yang dibayar oleh kerajaan untuk menjalankan tugas tersebut.


3. Ada dua jemaah dalam satu masjid memang tiada contohnya dari Rasulullah. Malah, dahulu Masjidil Haram juga pernah ada 4 jemaah kerana mengikut imam mazhab masing². Namun alhamdulillah Raja Abdul Aziz telah memerintahkan untuk disatukan semua 4 jemaah ini agar Islam tak berpecah belah.


4. Kadang² kita datang agak lewat, sempat lah juga masbuk. Tapi ada waktu memang dah habis salam baru kita sampai. Apa yang kita kena buat? Kena tepuk mana² makmum yang masbuk untuk jadi imam? Atau tunggu jemaah lain dan buat jemaah baru?


5. Ada khilaf. Tapi saya berpegang dengan pandangan Imam Asy-Syafie, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah untuk solat sendiri. Hal ini kerana dalil,

Sesungguhnya Rasulullah datang dari pinggiran Madinah ingin menunaikan solat. Lalu mendapati orang-orang telah selesai solat berjamaah. Kemudian baginda pulang ke rumahnya dan mengumpulkan keluarganya dan mengimami mereka solat.

[Syaikh Al Albani menyatakan dalam Tamamul Minnah, hal. 155, hadits ini hasan. Imam Al Haitsami (2/45) menyatakan,“Hadits ini diriwayatkan At Thabrani ]


6. Maka jika kita solat di masjid yang ada imam ratib tetapi datang selepas jemaah pertama, maka solat sahaja bersendirian. Tak perlu tepuk mana² makmum masbuk sebagai imam dan tak boleh bentuk jemaah kedua yang baharu.


7. Pandangan ni dikuatkan lagi dengan hadith ancaman yang berbunyi,

"Sesungguhnya aku bertekad supaya solat didirikan kemudian aku akan pergi kepada setiap rumah seseorang yang tidak hadir solat berjemaah lalu akan aku perintahkan agar dibakar rumah mereka.” [Muttafaqun Alaih]

Jika benar dibolehkan sambung jemaah kedua dan ketiga di masjid dan surau yang ada imam ratib, kenapa hadith ini wujud? Boleh sajakan nabi tunggu mana tau ada jemaah kesepuluh nanti hamba Allah tu datang.

Tapi hadith tu menunjukkan nabi bertegas dan akan terus ke rumah-rumah mereka yang tak berjemaah ke masjid pada jemaah pertama.

Wabillahitaufiq

[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments