3 Gaya Kesesatan

 OLEH: Taufiq Tuah

Islam ni dah sempurna ajarannya. Tapi saya nak buka topik tentang ibadah. Suka saya ingatkan bahawa IBADAH INI SEMUANYA HARAM kecuali setelah dijumpai dalil suruhannya dari Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih.

Kepada yang biasa talaqi mungkin lagi 'fimiliar' dengan frasa "Hukum asal ibadah ialah haram sehingga ada dalil". Ini hal yang sangat makruf dikalangan ulama fiqh. Frasa ini juga pastilah bersandarkan dalil² dan antaranya ialah,

مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهوَ رَدٌّ

“Barangsiapa melakukan suatu amalan yang bukan ajaran kami, maka amalan tersebut tertolak.” (HR. Muslim no. 1718).

Ibadah di dalam Islam ini dah cukup. Namun di sana tetap juga ada yang tergelincir di dalam kesesatan dek hawa nafsu mereka sendiri. Saya nak sebutkan 3 gaya kesesatan.

Kesesatan 1: Merasakan ibadah yang nabi buat ni tak cukup. Lalu mereka menambah-nambah ibadah baharu.

Kesesatan 2 : Merasakan ibadah nabi buat tak realevan. Maka dilakukan ibadah itu dengan cara sendiri yang tiada contohnya dari Islam.

Kesesatan 3 : Kerana kejahilan yang tak dapat dibendung, mereka memansuhkan ibadah² yang ada dan hanya beribadah sesuai tekak nafsu mereka.

Ketiga-tiga kesesatan ini ialah kesesatan fatal dan ada di dalam semua ajaran sesat. 

Siapa boleh tolong bagi contoh perbuatan Kesesatan 1,2 dan 3 ni minta list di komen. Contoh dari saya pun saya akan tulis di sana inysaallah.

Itulah sebabnya kita kena kembali kepada Al-Quran dan Hadis Sahih. Tak syak lagi kedua-duanya ialah sumber utama bagi agama ini. Wallahualam.


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI




Comments