Penuntut Ilmu Yang Sejati




OLEH : Ustaz Muhammad Fahmi Rusli

Penuntut ilmu yang sejati ialah mereka yang menumpukan sepenuh perhatian kepada penyampaian ilmu yang disampaikan oleh guru.

Seorang ulama bernama Yahyฤ bin Yahyฤ Al-Laitsi, yang merupakan salah seorang perawi kitab Muwatta’ dari Imam Mฤlik bin Anas, pernah melakukan kembara dari Andalus menuju kepada Imam Mฤlik yang berada di Madinah.
Ketika Yahyฤ sedang duduk dalam majlis ilmu yang disampaikan oleh Imam Mฤlik, tiba-tiba seorang lelaki menjerit : “Ada seekor gajah datang” !
Maka semua yang berada dalam majlis tersebut keluar untuk melihat gajah tersebut, kecuali Yahyฤ seorang sahaja.
Imam Mฤlik pun bertanya kepada Yahyฤ :
ู…ุง ู„ูƒ ู„ู… ุชุฎุฑุฌ ูˆู„ูŠุณ ุงู„ููŠู„ ููŠ ุจู„ุงุฏูƒ
“Mengapa kamu tidak keluar, bukankah gajah tidak terdapat di negara kamu”.
Jawab Yahyฤ Al-Laitsi ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ :
ุฅู†ّู…ุง ุฌุฆุช ู…ู† ุงู„ุฃู†ุฏู„ุณ ู„ุฃู†ุธุฑ ุฅู„ูŠูƒ، ูˆุฃุชุนู„ّู… ู…ู† ู‡ุฏูŠูƒ ูˆุนู„ู…ูƒ، ูˆู„ู… ุฃูƒู† ู„ุฃู†ุธุฑ ุฅู„ู‰ ุงู„ููŠู„
“Tujuan aku datang dari Andalus tidak lain tidak bukan hanyalah untuk bertemu denganmu, dan supaya aku dapat belajar dari petunjuk dan juga ilmumu. Aku tidak datang ke sini untuk melihat gajah”.
Imam Mฤlik berasa kagum dengan kenyataan tersebut, seraya berkata :
ู‡ุฐุง ุนุงู‚ู„ ุงู„ุฃู†ุฏู„ุณ
“Ini merupakan orang cerdik dari Andalus”.
Rujuk Nafh Al-Thฤซb, Ahmad Al-Maqqari Al-Tilmisฤni (2/9)
✍๐Ÿป Muhammad Fahmi Rusli


Comments