OLEH : Ustaz Abid An-Nuriyy
Murji'ah adalah kelompok bid'ah dan ahli kalam yang menisbahkan diri mereka kepada Islam.
Murji'ah adalah golongan yang longgar dalam beragama, bersalahan dengan Khawarij yang keras dalam beragama.
.
Antara ciri-ciri akidah Murji’ah adalah:
1 - Iman menurut golongan Murji’ah adalah tasdiq (membenarkan dalam hati) sahaja seperti Murji'ah jahmiyyah dan Ashā'irah maturidiyyah
atau tasdiq berserta nutq lisān (ikrar dengan lisan) sahaja sebagai mana keyakinan Murji'ah Fuqaha' dari kalangan Ahli Hadith dan Ahli Fiqh.
Adapun amal perbuatan, ianya tidak termasuk di dalam hakikat iman. Yakni di luar hakikat iman.
2 - Iman tidak bertambah dan tidak juga berkurang.
Pelaku maksiat namun mempunyai keimanan yang sempurna dan tidak akan dimasukkan ke dalam neraka.
3_Kufur terhadap Allah itu adalah jahil terhadap-Nya kerana bagi golongan ini, keimanan itu adalah makrifat (pengetahuan). Ini sepertimana yang telah dihikayatkan adalah perkataan dari Jahm bin Safwan.
Sebahagian Murji’ah mengatakan bahawa setiap yang bermaksiat kepada Allah SWT, dosa tersebut adalah dosa besar. Ini sepertimana perkataan Bishr al-Marisi.
(Lihat Maqalat al-Islamiyyin, 1/114, 122)
Murji'ah Fuqaha' dihukum bid'ah dan Murji'ah jahmiyyah dihukum terkeluar dari Islam.
Sesiapa yang tidak mempelajari aqīdah salaf dalam bab iman dan kufur secara terperinci, pasti terjatuh ke dalam kesesatan irjā' Murji'ah
Comments
Post a Comment