OLEH : Taufiq Tuah
Ada seorang rabi Yahudi yang bernama Mukhayriq bin an-Nu‘man bin Tha‘labah di Madinah. Dia yang memang memahami Taurat telah melihat Rasulullah dan beriman bahawa baginda ialah nabi terakhir yang diceritakan di Taurat.
Pada suatu Jumaat, Mukhayriq telah
"Wahai kaum Yahudi! Demi Allah, kalian tahu bahawa Muhammad adalah Nabi yang dijanjikan dalam Taurat, dan bahwa kewajiban kalian adalah membelanya!"
Tp, kaum Yahudi lain ckp menolak, "Hari ini adalah hari Sabat (hari istirahat bagi Yahudi)."
Mukhayriq jawab, "Tidak ada Sabat bagi kalian hari ini!"
Dia terus bawa pedangnya dan pergi ke Rasulullah untuk masuk Islam. Dengan imannya ketika itu, terus sahaja menyertai Perang Uhud. Kiranya masuk Islam selepas subuh sebelum zohor. Lepas masuk Islam terus ke Perang Uhud.
Sebelum angkat senjata, Mukhayriq sempat ckp,
"Jika aku terbunuh hari ini, seluruh hartaku untuk Muhammad, beliau boleh memberikannya kepada siapa pun yang Allah kehendaki."
Lalu syahid Mukhayriq ketika Perang Uhud. Tanpa sempat mengerjakan apa² solat. Namun kerana memang waktu masuk solat pun belum sampai kepadanya selepas syahadah, maka dia tetap juga masuk syurga.
Beliau ialah orang pertama daripada Yahudi yang masuk Islam dan mati syahid. Malah satu² orang yang bersyahadat kemudian mati masuk syurga tanpa solat. Tapi beliau special case. Kita jangan pula stop solat. Wallahualam.
Taufiq Tuah
20.04.25 | 21.10.46
Sepang, SLG
Comments
Post a Comment