Apabila Karamah, Kewalian dan Ilmu Ladunni Terjadi Tanpa Batas


OLEH : Ustaz Huzaifah Hadis

Sebenarnya bab Syeikh Zainul Asri ini sudah ramai para asatizah yang tegur atas terlalu banyak isu. Sama seperti ust Muhaizad.

Tetapi para pengikut dan anak-anak murid mereka tetap juga menyokong.
Bukan sekadar isu bunian, ada pelbagai isu lagi sebelum ini yang telah ditegur oleh para asatizah.
Namun, mungkin oleh kerana beliau ini qussas ( penglipur lara) maka teguran-teguran sedemikian tidak dipandang. Paling tinggi sesiapa yang menegur dianggap tidak tahu ilmu ladunni karamah dan sebagainya.
Itulah jajaan yang dimainkan. Sesiapa yang menegur cerita-cerita pelik, dianggap anti wali, anti karamah, anti ilmu ladunni.
Sedangkan bila disoal secara fakta dan dalil, tidak dapat menjawab. Paling tinggi mereka boleh nyatakan bahawa ilmu Allah itu luas dan Allah berikan pada sesiapa yang dikehendakinya.
Hakikatnya, karamah, kewalian, mahupun ilmu ladunni tidak ditolak pun oleh para asatizah yang menegur qussas, tetapi mereka menolak konsep yang tidak terbatas didalam bab karamah, kewalian dan juga ilmu ladunni.
Ini kerana karamah, kewalian dan ilmu ladunni ini ada ukurannya. Bukan semua perkara pelik boleh dimasukkan didalam bab karamah, boleh jadi ianya sihir, boleh jadi ianya istidraj dll.
Begitu juga para wali. Wali ini ada dua kategori, satu wali Allah dan kedua wali syaitan. Ilmu ladunni begitu juga, sesiapa sahaja boleh mendakwa dia mendapat ilmu ladunni.
Tetapi jikalau kita soroti didalam Al-Quran, Allah SWT sebut bab ilmu ladunni ini hanya kepada seorang sahaja iaitu Nabi Khidir alaihissalam. Itupun didalam kisah bersama nabi Musa Alaihissalam.
Jadi bila ada orang hari ni dakwa dia dapat ilmu ladunni, tapi cerita pelik-pelik yang langsung tak ada sandaran dari Quran dan Sunnah, malah bercanggah dengan syariat, kita kena berhati-hati. Jangan terus percaya. Ilmu Allah SWT memang luas, tapi syariat tetap kena jadi neraca.
فَوَجَدَا عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمًا
"Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami yang telah Kami berikan rahmat dari sisi Kami, dan Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami."
(al-Kahf: 65)
Jikalau dilihat disini bab ilmu ladunni, hanya diberi untuk seorang sahaja iaitu nabi Khidir Alaihissalam.
Wallahualam

Comments