OLEH : Taufia Tuah
This time just simple listing. Apa doa yg kita tak boleh panjatkan.
1. Doa Minta Sesuatu Yang Haram.
Doa melariskan perniagaan riba.
Doa permudahkan proses zina.
Ini semua haram.
2. Doa Segerakan Kematian.
Ada larangan doa mcm ni ya.
“Janganlah sekali-kali salah seorang dari kamu mengharapkan kematian kerana sesuatu musibah yang menimpanya...”
[Muttafaqun Alaih]
Cuma ada waktu² syarie yg dibenarkn doa,
"Ya Allah, hidupkanlah aku jika kehidupan itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku.” Ini ada perincian lain.
3. Doa Memutuskan Silaturahim.
Cth: Ya Allah jangan satu kan mereka.
Ya Allah renggangkan mereka.
Tak boleh doa ni ya.
“Tidak ada satu doa dari seorang hamba yang lebih pantas ditolak daripada doa yang meminta untuk memutuskan tali silaturrahim.”
(HR. Muslim, no. 2736)
4. Doa Yang Melampau.
Cth: Doa minta jadi nabi, atau doa jangan hukum aku walau aku berdosa, atau doa nk jd manusia lebih agung dari Nabi Muhammad.
5. Doa Sesuatu Zat Yang Mustahil.
Cth: Doa minta jadi tuhan, doa hidup selama-lamanya, doa minta ada belalai gajah dll.
6. Doa Yang Menolak Sesuatu Yang Terbaik.
Cth: Ya Allah walaupun dia bukan yg terbaik, kau jodohkan juga aku dengan dia. Tak boleh doa mcm ni.
7. Doa Yang Tidak Yakin.
“Janganlah seseorang kamu berkata: Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunilah aku sekiranya Engkau mahu, Ya Allah Ya Tuhan kami, kasihanilah aku sekiranya Engkau mahu. Akan tetapi hendaklah dia berusaha bersungguh-sungguh dalam meminta kerana sesungguhnya Allah sama sekali tidak ada yang memaksa.” [Muttafaqun Alaih]
8. Doa Spesifik Yang Tidak Berpandukan Wahyu.
Daripada Abdullah bin Mughaffal RA, dia mendengar anaknya berkata:
"Ya Allah, aku mohon kepada-Mu istana putih di sebelah kanan syurga apabila aku memasukinya."
Lalu dia berkata:
"Wahai anakku, mintalah kepada Allah syurga dan mohon perlindungan daripada neraka. Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
'Akan ada di kalangan umat ini orang-orang yang melampaui batas dalam berdoa dan bersuci.'"
[HR Abu Daud]
9. Doa Yang Tidak Beradab, Memaksa, Lalai.
Tak beradab mksdnya bahasa yg buruk lah. Memaksa pula seperti mengugut atau mendesak misalnya, "Ya Allah kau kena makbulkan juga aku tak kira!" Atau "kalau Kau tak makbulkan aku taknak doa dah" dan seumpamanya.
Lalai pula ialah doa yg lisannya berdoa tp jiwanya tak berdoa sama. Seperti org yg membaca doa sebagai rutin lalu dibaca dgn laju tanpa penghayatan dan pengharapan.
Wallahualam
Taufiq Tuah
12.06.25 | 14.12.46
SPG, SLG
Comments
Post a Comment