Wanita Dan Sumud Flotilla

OLEH : Taufiq Tuah

Akhir-akhir ni ada yang tanya tentang post Aiman Bana tentang selebriti wanita yang menyertai Sumud Flotilla. Sejujurnya dalam hal ini, apa yang disampaikan oleh Aiman ada basisnya dari dalil.

Hukum asal misi kemanusiaan pastilah mubah. Tinggal lagi apa yang berlaku di dalam misi-misi itu yang mana kita lah yang perlu jaga amal dan niat kita masing-masing. Saya sendiri pernah menyertai beberapa misi kemanusiaan dan alhamdulillah belum ada lagi aktiviti mungkar daripada penganjur.
Tinggal lagi bagaimana kita yang menyertai itu menjaga diri kita sendiri. Bukan sahaja isu yang Aiman bawakan, tetapi juga bab seperti ikhtilat, aurat, solat dll.
Saya tak lah mengikuti setiap pelayaran flotilla sebelum ini. Saya kira yang betul-betul dapat perhatian saya hanyalah MV Rachel Corrie dengan MV Mavi Marmara. Kemudian barulah Global Sumud Flotilla tahun ini.
Cuma nak menjawab sesetengah soalan kenapa perlu adanya wanita dalam rombongan ini? Saya juga bersetuju untuk dibawakan wanita dalam misi seperti ini. Bayangkan setelah sampai di Gaza, di sana juga ada mangsa-mangsa seperti ibu, isteri, kakak dan kanak-kanak. Mereka juga perlu disantuni. Ketika emosi mereka juga lebur di dalam konflik.
Kalau lelaki yang menyantuni ibu-ibu di sana, pasti tak akan sama. Sebagaimana wanita sesama wanita ini berpelukan dan menghayati rintihan. Ketika 'kasihan' menjadi bahasa perantaraan. Lelaki ni (apatah lagi yg mcm saya), silap-silap kami balas "ohh ye ke. Hmm" je.
Saya juga nampak, jika berlaku apa-apa serangan terhadap bot-bot dan kapal-kapal rombongan ini, jenayah penyerang itu akan jatuh lebih berat lagi. Walaupun sedar pihak Israel tak peduli pun. Tapi dunia akan celik. Kalau serangan kepada wanita awam dalam bot tu pun boleh diserang. Ini kan pula setakat wanita-wanita Gaza. Lebih buat orang akan buka mata, kerana ia melibatkan bnyk kewarganegaraan.
Malah kali ini, ramai wakil ialah wartawan, selebriti dan influencer. Saban hari di atas sana live dan berkonten tentang perjalanan dan kesedaran tentang Palestin.
Sehingga penulisan ini ditulis, beberapa kapal Sumud Flotilla telah diserang. Kita doakan agar wakil-wakil dari Malaysia khususnya (dan yang lain secara amnya) agar dapat menjaga keselamatan diri mereka, niat dan amal mereka. Kita doakan juga bantuan-bantuan ini sampai kepada saudara-saudara kita di Gaza.



Taufiq Tuah
24.09.25 | 02.04.47

Comments