Kertas Peperiksaan Kosong?

OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis

Mungkin bagi guru-guru yg baru biasanya merasa terkejut kalau kertas periksa dihantar kosong dan sebagainya.
Tapi percayalah, bila makin lama masuk dlm bidang pendidikan ini, mcm mana pun terpaksa terima realiti sebenar.
Ada memang murid yang tak mampu otaknya untuk memproses sama seperti murid yg pintar.
Tetapi boleh jadi kehebatan mereka terletak pada skill dan kemahiran serta seni. Jikalau ikan dipaksa untuk jadi burung, memang tak akan berjaya sedangkan ikan tersebut memang kalau duduk dlm habitatnya, ia paling champion.
Ada juga yg memang lambat menonjol, tetapi bila sudah "speed" kehebatannya akan jauh meninggalkan rakan sebayanya.
Jadi, janganlah rasa sedih, kecewa dan putus asa bila murid tersebut tidak berjaya seperti yang kita mahu. Boleh jadi kehebatan dan bakatnya lambat dan terpendam, boleh jadi kehebatan dan bakatnya didalam posisi yng berbeza.
Apa yang penting, jgn matikan harapan murid tersebut. Sebab saya percaya yang banyak kongsi kertas jawapan kosong dan sebagainya itu biasanya mereka ini guru-guru baru. Mereka merasakan sudah 'all out' dlm mengajar tetapi bila kertas dihantar sebegitu, mereka mati rasa serta merasakan itu titik kegagalan mereka.
Biasanya guru-guru lama dah masak dengan pelbagai versi jawapan murid ni. Jadi mereka tak hairan apa jua jawapan yg ditulis oleh murid apatah lg terkejut.
Sehebat mana inovasi dlm pengajaran, tak semestinya boleh membuat semua murid menjadi cemerlang. Itu sunnatullah yang perlu dipatuhi dalam kehidupan.
Apa yang penting, benih yang ditanam, akan tiba masanya ia berbuah dan subur mengikut masa dan ketikanya.

Persoalannya, adakah benih itu elok dan ditanam di tanah yang subur atau sebaliknya? 



Photo by Kimberly Farmer on Unsplash


Comments