1. Kita Puasa Sebab Kena Rasai Apa Orang Susah Rasa.
• Sebenarnya kita puasa kerana perintah Allah sebagaimana Allah juga perintahkan umat terdahulu. Bukan sebab kita nak rasa orang susah rasa. Apatah lagi orang susah tak pergi bazar macam kita.
2. Pahala Berganda, Dosa Biasa.
• Sebenarnya dosa pada bulan mulia, lebih buruk berbanding dosa pada bulan lain. Apatah lagi ketika syaitan diikat dan kita mengerjakan puasa lalu kita masih lakukan dosa. Maka dosa itu lebih buruk berbanding waktu lain.
3. Puasa Ialah Tahan Lapar
• Betul tapi ada penambahan, puasa juga sebenarnya menahan diri kita dari lakukan hal-hal maksiat. Sebagaimana puasa sebenarnya ialah perisai kepada dosa.
4. Sahur Berhenti Ketika Imsak
• Tidak. Malah sahur berhenti ialah ketika Subuh itu sendiri.
5. Sunah Mulakan Berbuka Dengan Apa-apa Buah
• Sunah memulakan dengan kurma. Jika tiada kurma, maka sunahnya mulakan dengan air. Bukan dengan apa-apa buah. Air pula ialah air putih dan bukannya air katira.
Wallahualam
Taufiq Tuah
27.02.26 | 09.09.47
Comments
Post a Comment