Misi Bantuan Untuk Mangsa Kebakaran Di Lahad Datu


Misi Bantuan Untuk Mangsa Kebakaran Di Lahad Datu

Pada 20 Safar 1441H, 20 Oktober 2019 telah diadakan misi bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran di Lahad Datu. Sebagaimana berita-berita yang telah sampai kepada kami, banyaknya rumah-rumah kediaman yang musnah akibat kebakaran itu. Maka kutipan dana secara online pun dilaksanakan semenjak 12 Oktober 2019 sehingga 19 Oktober 2019.

Maka Gerakan PENA Malaysia, Revolusi Melayu Baru berserta skuad-skuad Sahabat PENA pun bersama di dalam misi bantuan tersebut iaitu mengagihkan makanan, pakaian dan keperluan lain bagi memudahkan mangsa menjalankan hidup sehari-hari.








Mangsa-mangsa kebakaran akhirnya tinggal di rumah sanak saudara dan ada juga yang menumpang di Masjid Kampung Teck Guan, Lahad Datu. 20 keluarga menjadi mangsa dan misi bantuan daripada Gerakan PENA Malaysia telahpun diselesaikan. Difahamkan bahawa merek juga sedang menunggu bantuan daripada YB tempatan.

Semua dana yang disalurkan ke akaun Gerakan PENA Malaysia untuk program ini telah diagihkan. Harapannya sedikit sebanyak bolehlah meringankan beban mangsa.

Semoga semua yang memberikan dana ini akan diampuni dosa-dosa mereka di ampuni Allah SWT. Juga semoga usaha-usaha kecil ini termasuk di dalam amal-amal soleh insyaallah.

Comments