Program Kutipan Sumbangan Musim Covid-19




Pada 3 Syaaban 1441H, 28 Mac 2020 Gerakan PENA Malaysia telah mengadakan Kutipan Sumbangan Untuk Covid-19.

Pada awalnya, kutipan ini diadakan bagi memberikan bantuan kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur. Namun alhamdulillah, kerajaan akhirnya telahpun membawa semua gelandangan ke kem sementara dan telah menyara mereka sepanjang musim perintah kawalan pergerakan (PKP) ini.

Maka sasaran bantuan program ini dipinda kepada tiga golongan.

1. Keluarga asnaf yang dikenal pasti di Pelabuhan Klang dan Shah Alam yang diuruskan oleh Yayasan Bushra.

2. Keluarga 'stateless' yang terjejas dan keluarga susah di Lahad Datu yang diuruskan oleh Bushra Borneo Resources


Penyaluran sumbangan kepada tiga badan ini dilakukan pada 9 Syaaban 1441H, 3 April 2020.


Laporan Ringkas
Kutipan Sumbangan Untuk Covid-19
14 orang penyumbang.
Total kutipan: RM2 295

Telah diagihkan kepada 
Bushra Borneo: RM765
Yayasan Bushra: RM765
MEDIU: RM765


Lampiran:

Bantuan Kepada Keluarga Asnaf di sekitar Pelabuhan Klang dan Shah Alam


Bantuan kepada Golongan yang Terjejas di Lahad Datu


Bantuan kepada Mahasiswa di Universiti Al-Madinah Antarabangsa (MEDIU)




Comments