Kempen #StandWithDrZakirNaik



14 Zulhijjah 1440H - 16 Ogos 2019: Telah dirasmikan kempen #StandWithDrZakirNaik.
Kempen ini ialah daripada rentetan isu kontroversi melibatkan seorang tokoh pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik. Saban hari, orang-orang jahil dan juga orang-orang kafir (yg memusuhi dakwah) sangat keras permusuhannya terhadap Dr Zakir Naik.

Lebih-lebih lagi apabila berita media yang pro kepada permusuhan terhadap Islam juga telah membuat berita-berita palsu bagi memburukkan Dr Zakir Naik. Oleh itu kempen ini dibuat sebagai kesedaran kepada masyarakat agar tidak terikut-ikut dengan ajakan-ajakan musuh dakwah Islam yang sedang giat kuat di luar sana.

Kempen ini juga dilakukan sebagai tindak balas kepada kempen "Say No To Zakir Naik" yang telah bermula semenjak beberapa tahun lalu.

Gambar ini ialah gambar yang digunakan untuk kempen cyber ini.
Sesiapa yang bersetuju dengan kempen ini, diminta agar menggunakan gambar di atas sebagai 'Profile Pic' atau 'Profile Cover' bagi laman-laman sosial anda.
Kemudian, gunakan hashtag #StandWithDrZakirNaik sebagai tanda sokongan.

Tunjukkan kepada musuh-musuh dakwah ini, bahawa dakwah Islam akan sentiasa mekar. Kebangkitan musuh-musuh Islam ini tidak akan mampu memadamkan sumbu-sumbu perjuangan kita!

Semoga Allah memudahkan urusan-urusan Dr Zakir Naik dan memberikan ganjaran pahala yang setimpalnya kepala beliau.



Comments

  1. MEDIA KAFIR TELAH MENIPU KALIAN

    Malaysia Kini akhir2 ini membawa potongan syarahan Dr Zakir Naik. Memang menjadi taktik kotor orang kafir di seluruh dunia untuk potong syarahan Dr Zakir Naik dan memberi persepsi buruk pada potongan syarahan itu. Cara yang sama dilakukan oleh kerajaan India untuk menuduh Dr Zakir sebagai pengganas.

    Antara potongan yang sangat kontroversi ialah,

    " the majority (majoriti Tanah Melayu) almost all were non-Muslims and almost all became Muslims MashaAllah. Later on, there are people coming afterwards. Malaysia, became fully Muslim, then you have the Chinese come in, the Indians come in... They are our new guests. So if you want the new guest to go first, ask the old guest to go back. If you want the guest to go back.

    "and those guests are bringing peace in the community, they are benefit for the family (Malaysia)."

    Seperti biasa, media pembenci Islam ini sewenang-wenangnya berbual di luar konteks. Kemudian dimuatkan artikel dengan penulisan seperti itu dengan tajuk yang membuatkan pembaca membacanya dengan nada yang buruk.

    Sedangkan jika ditonton seluruh video syarahan bertarikh 8 Ogos 2019 itu, jelas sekali ayat
    "So if you want the new guest to go first, ask the old guest to go back. If you want the guest to go back"
    ialah ayat sinis semata-mata yang ditujukan kepada orang Malaysia yang sering kali mahu beliau dihalau. Malah perbualan spontan itu diselitkan di dalam tajuk keharmonian Islam yang mana Islam bukanlah tersebar dengan keganasan.

    Persoalan, kenapa ayat seterusnya daripada Dr Zakir Naik tidak diambil peduli? Di mana Dr Zakir memuji 'guest' yang dimaksudkan dengan istilah,
    "and those guests are bringing peace in the community, they are benefit for the family (Warga Malaysia)."

    Dr Zakir Naik sebenarnya telah menzahirkan bahawa guest (Cina dan India) di Malaysia sebagai 'bringing peace' dan 'benefits for family'. Adakah itu satu bentuk usiran terhadap orang Cina?

    Malah Dr Zakir pula kemudiannya menyambung syarahan dengan menyelitkan pula ayat 25 daripada Surah An Nahl,

    "Invite to the Way of your Lord (with wisdom) and fair preaching, and argue with them in a way that is better."

    Dekat mana sebenarnya konteks Dr Zakir Naik yang menghalau kaum Cina dari Malaysia? Lihat, bagaimana media pembenci Islam ini sengaja menaikkan kekeliruan terhadap Dr Zakir Naik.

    Semoga para pembaca yang bijaksana tidak mudah terikut dan tertipu dengan media2 sampah ini. Mereka mahu menjatuhkan Islam dengan apa saja cara sekalipun.

    - Lajnah Agama Gerakan PENA Malaysia

    ReplyDelete

Post a Comment