Program Infaq Ramadan 1443H

Pada 1 Ramadan 1443, 2 April 2022 Gerakan PENA Malaysia memulakan Program Infaq Ramadan 1443H. 


Alhamdulillah program ini, telah mendapat dana kurma daripada Kedutaan Arab Saudi di Malaysia tak lupa juga daripada orang ramai dan sahabat-sahabat PENA yang turut memberikan sumbangan. 




1. Musola al-Arif Ehsan Residence, Sepang

Gambar Urusetia Musola al-Arif Ehsan Residence, Salak Tinggi, Sepang, Selangor Darul Ehsan. Menerima kurma untuk aktiviti iftar di dalam komuniti Ehsan Residence.



2. Pusat Tahfiz Ibnu Hajar, Melaka


Penyerahan buku-buku Himpunan Risalah Aqidah, Shayk Muhammad bin Abdul Wahab kepada Pusat Tahfiz Ibnu Hajar, Durian Tunggal, Melaka.


3. Komuniti Cempaka, Nilai


Pengagihan secara percuma untuk penduduk Cempaka, Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus dengan kerjasama Nilai Post. Penduduk boleh dapatkan kurma percuma secara 'walk-in' di premis Nilai Post.

4. Masjid Bandar Enstek, Nilai

Pemberian infaq juadah berbuka kepada Masjid Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.


5. Surau Al-Islah, Kota Seriemas, Sepang

Infaq juadah berbuka kepada Surau Al-Islah, Kota Seriemas, Sepang, Selangor Darul Ehsan










Comments