Sejarah Terciptanya Hadis Mutawatir Dan konsep Harap Beraqidah Dari Hadis Ahad


OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Motif Ahli Kalam Terutamanya Mu’tazilah Mewujudkan Pembahagian Pada Jumlah Rawi

Khatib Al-Baghdadi dalam kitab Al Faqih Wal Mutafaqqih mengatakan: “Ditolaknya khabar ahad oleh sebagaian Ahli Kalam, tidak lain disebabkan oleh ketidak-tahuan mereka tentang ilmu hadis. Menurut kami, semua ini hanya alasan mereka untuk menolak sunnah-sunnah Rasulullah saw. Mereka telah mengelabui fikiran orang-orang awam dan menakut-nakutinya dengan anggapan adanya Ijma’ dalam penolakan khabar ahad”.

Abu Al Mudhaffar As Sam’ani Asy-Syafie berkata: “Dan pendapat yang mengatakan bahawa hadis ahad tidak membuahkan ilmu dengan sendirinya, dan harus diriwayatkan secara mutawatir kerana ilmu yang ada padanya, adalah sesuatu yang diada-adakan Qadariyah dan Mu’tazilah, yang bertujuan menolak hadis-hadis”. (Risalah Al Intishar Li Ahli Al Hadits)

Bagaimana dengan memecahkan hadis mengikut bilangan perawi, maka hasilnya akan melahirkan sikap menolak sunnah Nabi? Lihatlah apa yang Imam Asy-Syathibi nyatakan tentang muslihat Ahli Kalam dan ajaran sesat ini lakukan: “I'tibar dari hadis-hadis yang dinukil dari Nabi dengan khabar ahad digugurkan berdasarkan ayat yang menjelaskan tentang masalah zann ini (An-Najm: 28), padahal keduanya tidaklah sama. Mereka mengatakan hadits ahad hanya bersifat zann, padahal itu semua hanya hasil penakwilan mereka” (Al-I'tisham oleh Imam Asy-Syathibi)

Maknanya apabila mereka mecahkan kepada 2 kelompok iaitu mutawatir dan ahad maka mereka berkata bahawa hadis mutawatir sahaja yang boleh digunapakai sedangkan hadis ahad haram dijadikan keyakinan, kerana kebarangkalian untuk bukan diriwayatkan daripada Nabi itu masih wujud walaupun sedikit. Keraguan yang sedikit inilah dipanggil zann oleh ahli kalam dan golongan yang sesat ini. Tapi sebenarnya ‘perasaan ragu’ itu hanya muncul pada hati dan fikiran mereka sebab kejahilan mereka terhadap bidang hadis!

Ibnu Abil Izz Al-Hanafi ketika mensyarah kitab Al-Aqidah Ath-Thahawiyyah karangan Imam Ath-Thahawi Al-Hanafi berkata: “Syaikh rahimahullah (iaitu Imam Ath-Thahawi) mengisyaratkan kepada bantahan terhadap Jahmiyyah, Mu’aththilah, Mu’tazillah, dan Rafidah yang mengatakan bahawa khabar itu terbahagi menjadi dua, iaitu mutawatir dan ahad. (Mereka mengatakan) adapun khabar mutawatir, meskipun sanadnya telah qat’i namun dilalahnya tidak qat’i, maka dalil-dalil lafziyyah tersebut tidak menghasilkan keyakinan”. (Syarh Al-‘Aqidah Ath-Thahawiyyah)

Pembagian hadis menjadi ahad dan mutawatir dari kalangan Ushuliyyun (ahli fiqh) ini kemudian diikuti oleh sebagian kalangan Ahli Hadis kebelakangan seperti Ibnul Atsir Al-Jazri dalam muqaddimah kitab Jami’ul-Ushul dan juga Al-Khathib Al-Baghdadi dalam kitabnya Al-Kifayah fii ‘Ilmir-Riwayah.

Imam As-Suyuthi berkata: “(Termasuk di dalamnya) iaitu masyhur (iaitu mutawatir yang dikenal dalam ilmu fiqh dan ushul-fiqh, dan tidak ada disebutkan oleh ahli hadis) dengan nama khusus yang mengesankan maknanya khusus pula. Meskipun terdapat perkataan Al-Khathib, iaitu Al-Baghdadi, namun dalam perkataannya tersebu maka dia terkesan mengikuti metode selain Ahli Hadis. Demikianlah yang dinyatakan oleh Ibnu Shalah”.  (Tadribur Rawi juz 2)



Pencipta Istilah Hadis Mutawatir Dan Orang Yang Membuat Konsep ‘Hadis Ahad Tidak Boleh Menjadi Sumber Iman’
Orang yang pertama kali membagi agama menjadi ushul dan furu' dan membagi hadits menjadi mutawatir dan ahad adalah Abu Bakr Abdur Rahman bin Kaisan  Al-Asham (w. 240 H). Disebutkan dalam biografinya: “Dia tuli (buta) dari kebenaran”.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah telah berkata: “Sesungguhnya orang-orang Mu’tazilah telah menyusun tafsir-tafsir berdasarkan prinsip-prinsip pendapat mereka. Seperti Tafsir Abdur Rahman bin Kaisan Al-Asham guru Ibrahim bin Ismail bin Aliyah -yang pernah mendebat Asy-Syafie. Dan seperti kitab (tafsir) Abu Ali al Juba'I , Tafsir Al Kabir karya al Qadhi Abdul Jabbar bin Ahmad al Hamdani, dan juga karya Ali bin Isa ar-Ramani dan al-Kasysyaf karya Abul Qasim az-Zamakhsyari. Mereka ini dan semacamnya menyakini mazhab Mu’tazilah”. (Majmu' Fatawa)

Fakta ini dinyatakan oleh para ahli hadis dan boleh dilihat dalam beberapa buku seperti Tadribur Rawi, Lisaanul Mizan, Mausu’ah Ahlis Sunnah, Al-Mukhtarah fii Ajwibatil-Musthalah, Basya’ir Al-Farh bi Taqribi Fawa’idi Al-Imam Al-Wadi’i fi ‘Ilmi Ar-Rijal Wal Mushthalah.

Kemudian idea Al-Asham ini dipopularkan oleh anak muridnya yang cukup terkenal suka berdebat dan menentang tokoh-tokoh ulama Ahlul Hadis. Bernama Ibrahim bin Ismail bin ‘Aliyyah (w.  218H). Disebutkan dalam biografinya: “Dia seorang jahmiyah”.

Ibnu Abdil Barr Al-Andalusi berkata: “Dia (Ibrahim bin Isma’il bin ‘Alayyah) memiliki banyak keganjilan, sedang pendapat-pendapatnya di sisi Ahlus Sunnah ditinggalkan; tak ada satu pendapatnya pun yang dianggap khilaf (iaitu tak ada nilainya)”. (Lisan Al-Mizan)

Imam Asy-Syafieberkata tentangnya: “Dia adalah orang yang sesat yang biasa duduk di pintu As-Sawwal untuk menyesatkan manusia”. Asy-Syafi’iy juga berkata: “Saya selalu menyelisihi Ibnu Ulayyah dalam segala hal”. (Lisan Al-Mizan)

Imam Adz-Dzahabi berkata: “Dia adalah seorang Jahmiyyah. Orangnya suka berdebat, dan menyatakan bahawa Al-Qur’an adalah makhluk. Dia wafat pada tahun 218 H”. (Mizan Al-I'tidal)

Justeru penciptaan dua perkata ini iaitu istilah Hadis Mutawatir dan juga konsep Hadis Ahad tidak boleh menjadi sumber iman lahir pada zaman Imam Malik dan Imam Syafie. Dimana zaman ini tidak ada seorang sahabat pun yang masih hidup dan Imam Malik merupakan tabi’ut tabi’in. Maknanya penelitian hadis pada jumlah rawi hanya muncul setelah 100 tahun lebih dari zaman sahabat!

Lalu kedua-dua imam ini bertindak membantah usaha Mu’tazilah dan ajaran sesat untuk merosakkan aqidah umat Islam. Ibnu Khawazamandad yang bermazhab Maliki menyebutkan bahawa Imam Malik telah menjelaskan tentang khabar ahad, iaitu hadis ahad memberikan pengertian yakin. Sementara anak murid Imam Malik, iaitu Imam As Syafie telah menyusunnya dalam kitab Ar Risalah satu judul ‘Al Hujjah fi Tatsbit Khabar Al Wahid’.






Perkataan Ulama Ahlul Sunnah Menerangkan Penciptaan Istilah Hadis Mutawatir Secara Umum

Ibnu Hazm berkata: “Adalah sah dengan ijma’ umat ini bahawa diterimanya khabar wahid (hadis ahad) yang diriwayatkan oleh para perawi tsiqah (terpercaya) daripada Nabi saw dan bahawasanya seluruh ahli Islam menerima khabar wahid yang diriwayatkan oleh para perawi tsiqah daripada Nabi saw. Setiap mereka (asalnya) berpegang pada prinsip ini sebagaimana ahli sunnah, khawarij, Syi’ah, dan Qadariyah sehinggalah lahirnya para ahli kalam dari kalangan Mu’tazilah 100 tahun kemudian yang menentang ijma’ dalam ketetapan ini”. (Al-Ihkam fii Ushulil Ahkam)

Ibnu Qayyin berkata: “Mereka tidak menuntut kejelasan dalam meriwayatkan hadis tentang sifat secara pasti, tetapi mereka langsung menerima, membenarkan, dan menetapkan maksud dari hadis Rasulullah saw. Adapun yang menolak hadis ahad itu ialah pendapatnya Mu’tazilah, Jahmiyah, Rafidah, dan Khawarij yang telah merosak kehormatan. Para Imam telah menjelaskan perbezaan pandangan mereka dari pendapat yang mengatakan bahawasanya hadis ahad memberikan faedah ilmu. Demikian pendapat Imam Malik rahimahullah, Imam Syafi’i rahimahullah, dan murid-murid Abu Hanifah rahimahumullah, Dawud bin Ali dan muridnya seperti Muhammad bin Hazm rahimahumullah. (Mukhtashar Ash-Shawwa’iq)



___________________________
  Abu Amru Radzi Othman
   ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments