OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Ibn Bisyr, seorang ulama dan tokoh Sejarah menulis:
"Pada tahun 1162H, Syarif Makkah, Saud bin Sa'id menahan jamaah Haji Najd serta menjatuhkan hukuman bunuh terhadap sebahagian mereka" ('Unwan Al Majd).
Maka bermulalah pada tahun tersebut pelarangan kepada Kaum Salafi dari menunaikan ibadah Haji, jika tertangkap maka mereka akan dihukum pancung oleh Syarif Makkah.
Peraturan ini berlangsung sehingga 1218H setelah Makkah berjaya ditakluk oleh Kerajaan Dar'iyyah. Maknanya sekitar 56 tahun umat Islam yang bermazhab Salaf tidak dibenarkan menunaikan ibadah Haji oleh kaum Asa'ariyah.
Sepanjang 56 tahun ini, terdapat beberapa tahun hukuman tersebut dikecualikan oleh Pemerintah Makkah iaitu:
1) 1183H : Khusus untuk para Ulama Najd sahaja
2) 1185H : Khusus untuk para Ulama Najd sahaja
3) 1197H : 300 penduduk Najd menunaikan haji (rujuk Ibnu Ghannam dalam Raudhah Al Afkar)
4) 1213H : Kebenaran diberikan oleh Syarif Makkah setelah mereka kalah perang kepada Kerajaan Dar'iyyah. Satu deklarasi rasmi dikeluarkan agar kaum Asyaariyah Makkah tidak mengganggu Kaum Salafi ketika berhaji
5) 1214H : Kaum Salafi menunaikan haji untuk kali kedua setelah perjanjian damai ditandatangi sebelum itu. Mereka datang dengan diiringi pasukan tentera bagi menjaga keselamatan mereka.
6) 1215H : Rombongan Haji diketuai oleh Amir Abdul Aziz, yang merupakan murid Syeikh Muhammad Abdul Wahhab. Kemudian pada hari ke7, beliau gering lalu dibawa pulang ke Dar'iyyah, lantas kepimpinan diambil alih oleh anaknya, Saud Bin Abdul Aziz, juga merupakan murid kepada Syeikh Muhammad.
Pada 1217H, perjanjian damai antara Makkah dan Dar'iyyah tamat apabila Syarif Makkah, Ghalib mengatakan bahawa Kaum Salafi mungkir janji. Maka dia menghantar menterinya, Uthman Al Mudoifi untuk berunding.
Hidayah itu milik tuhan, lalu ketika tiba di Dar'iyyah, Uthman bertaubat dari kesesatan Asyaariyah lantas menganut mazhab Salafi. Kemudian Amir Abdul Azizi melantik beliau menjadi Panglima Perang.
Pada tahun 1218H, setelah selesai muzim Haji, tentera Salafi memasuki Makkah dengan aman setelah Syarif Makkah melarikan diri ke Jeddah. Saud bin Abdul Aziz mengangkat saudara lelaki Ghalib, iaitu Abdul Mu'in sebagai Gabenor Makkah.
Pada tahun yang sama juga, ketika Amir Abdul Aziz sedang sujud mengimamkan solat Asar di masjid, dia ditikan dengan belati oleh munafik Syiah Rafidhah.
Indahnya akhlak kaum Salafi; walaupun mereka telah dilarang menunaikan ibadah haji selama 56 tahun, namun mereka tidak pernah membalas dendam sedikitpun kepada kaum Asya'ariyah.
Sementara itu, hati dan perasaan kaum Asya'ariyah sangat membenci dan akan mengenakan segala perbuatan keji termasuk membunuh kaum Salafi. Sungguh berbeza akhlak dan kemuliaan antara dua kaum ini sejak zaman berzaman.
___________________________
~Abu Amru Radzi Othman~
Lajnah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment