Dalil Bukti Yakazah

OLEH: Ustaz Mohamad Azuan Bin Mohamad Ashri 

Baru-baru ini RMB telah mendapat soalan daripada sahabat RMB melalui Facebook seperti berikut.


"Seperti yang kita tau Yaqazah adalah bertemu secara jaga. Secara langsung. Jumpa depan mata dalam keadaan sedar. Sedangkan mimpi sebaliknya.

Yaqazah dengan Nabi mustahil. Nabi sudah wafat. Bahkan kalau benar terjadi yaqazah bermakna kita akan jadi sahabat. Seperti mana yang pernah disampaikan guru kami Hafidzahullah di Indonesia. Sebab sahabat ini orang bertemu dengan Nabi. 

Mereka yang mendakwa bertemu Nabi zaman sekarang secara yaqazah ketahuilah mereka telah BERDUSTA.

Bahkan hadis itu pun menjadi perbahasan antara para guru kita.

Apa yang Nabi sebutkan memang benar bahwa syaitan tak boleh menyerupai Nabi. Syaitan tak boleh menjelma sebagai Nabi. Kita mengimani hadis ini.

Tapi Syaitan boleh menipu dengan menjelmakan dirinya sebagai Syaikh besar atau tokoh tokoh tertentu lalu mengatakan dia Nabi. (Tapi ini saya masih belum kaji lebih dalam). Saya khawatir kalam ini masih lemah sebab tak ada Nabi sebutkan. 

Mimpi bertemu Nabi sebenarnya bukan boleh sesuka hati kita ceritakan. Kita kena tengok pula bagaimana kehidupannya sehari hari. Kalau dia dakwa dia mimpi jumpa Nabi tapi selepas itu dia beribadah di kuburan, dia beryahanana di kuburan, dia amalkan selawat bid,ah, zikir bid,ah dan amalan amalan lain yang bertentangan dengan Sunnah Nabi ketahuilah bahwa dia telah terkena talbis Iblis. 

Hadis kedua itu sohih.  Perlu kita fahami: Apa maksud;

 اليقظة

Yaqazah bermaksud sedar, kewaspadaan, tak tidur kalau ikut kaedah Bahasa Arab.

Maksud hadis itu ialah bukan kita akan bertemu dengan Nabi setelah mimpi jumpa Nabi tapi maksudnya kalau kita bertemu Nabi dalam mimpi ertinya Nabi yang kita jumpa dalam mimpi itu benar. Maksudnya sudah bertemu bukan akan bertemu.

Sekali lagi saya ulang, Fil yaqazah disitu maksudnya sudah bertemu bukan akan bertemu.

Kita tak mungkin akan berjumpa Nabi secara yaqazah. Secara langsung tengok Nabi depan mata. Tengok Nabi luar mimpi. Seperti yang didakwakan ahlul bid,ah. Nabi sudah wafat. Dan kita bukan sahabat.

Kita hanya bisa melihat dalam mimpi. Jika bertemu Nabi dalam mimpi maksudnya kita sudah seperti bertemu secara yaqazah bukan akan bertemu secara yaqazah.


Baarakallahhu fiikum

___________________________
~ Ustaz Mohamad Azuan Bin Mohamad Ashri ~
Ketua Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments