Anak-beranak Yang Beriman Akan Tinggal Di Dalam Syurga Yang Sama

 OLEH: Dr Idris Sulaiman

Suami, isteri dan anak-anak yang beriman akan ditempatkan dalam syurga yang sama walaupun barangkali pada asalnya tingkatan syurga mereka berbeza.

Mereka yang berada dalam tingkatan syurga di bawah akan dinaikan ke dalam syurga di atas supaya dapat bersama dengan ahli keluarga mereka yang lain.

Firman Allah ﷻ:

وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱتَّبَعَتۡهُمۡ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَٰنٍ أَلۡحَقۡنَا بِهِمۡ ذُرِّيَّتَهُمۡ وَمَآ أَلَتۡنَٰهُم مِّنۡ عَمَلِهِم مِّن شَيۡءٖ

“Dan orang-orang beriman yang diturut oleh zuriat keturunan mereka dalam keadaan beriman, Kami himpunkan zuriat keturunan mereka dengan mereka (dalam syurga); dan Kami dengan itu tidak mengurangi sedikit pun daripada pahala amalan mereka.”

[Al-Quran, al-Tur, 52:21]

Kata Ibnu Kathir:

“Allah ﷻ menjelaskan mengenai kelebihan, kurniaan, serta belas ihsanNya di mana bagi orang-orang beriman sekiranya anak zuriat mereka juga beriman maka mereka akan ditempatkan dalam tingkatan syurga yang sama; sekalipun amalan mereka pada asalnya tidak melayakkan mereka berada dalam tingkatan tersebut. Ini bagi menenangkan mata para ibu bapa mereka untuk melihat anak-anak mereka di sisi mereka.”

[Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Tur, ayat 21]

CATATAN

Semoga kita dipertemukan dengan ibu bapa, isteri dan anak-anak dalam syurga kelak.



[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments