Bahaya Bid'ah Di Akhirat

OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


Bahaya Bid’ah DI AKHIRAT

Zahirnya bid’ah adalah seperti ibadah, hakikatnya syirik Kepada Allah, mensyariatkan aqidah dan ibadah baru yang tidak diizinkan Allah dan tidak diperintahkanNYA hingga diharamkan minum air telaga Nabi saw.


Ahli bid’ah tidak mendapat syafaat Nabi saw, dan dihalau dari minum dari telaga Baginda.
Lalu Nabi saw bersabda,

“(Wahai Rabbku), mereka betul-betul pengikutku. Lalu Allah berfirman, ‘Sebenarnya engkau tidak mengetahui bahawa mereka telah mengganti ajaranmu setelahmu.” 
Kemudian aku (Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam) berkata, “Celaka, celaka bagi orang yang telah mengubah ganti ajaranku sesudahku !!.” 
(HR al-Bukhari, no. 7051).

Ini kemurkaan Nabi dan doa laknat dari baginda untuk orang-orang yang mengubah ganti ajaran baginda sallallahu ‘alayhi wa sallam serta berbuat bid’ah.


Nabi saw bersabda, “Setiap bid’ah (yang haqiqi) adalah kesesatan dan setiap kesesatan di dalam api Neraka.”

Ingatlah semua ibadah yang tidak dilakukan oleh Nabi dan Sahabat itu bukan ibadah, bahkan itulah bid’ah. Walau zahirnya seperti ibadah dan baik, seperti memasang rakaman al-Quran sebelum azan sehingga dijadikan “Sunnah” (!), berselawat dengan kuat, bernasyid, berqasidah atau menari sebelum azan adalah bid’ah. Zikir menari adalah bid’ah! Berdoa berjemaah setiap selepas solat fardhu adalah bid’ah!
.
Ingatlah, tiada ibadah yang diterima melainkan dengan adanya tawhid yang sahih, ikhlas dan ittiba’ menepati Sunnah.



___________________________
 Ustaz Abid Annuriyy 
Pendakwah Bebas
_____________________________

Comments