Kisah Rukanah Bergusti Dengan Rasulullah

OLEH: Taufiq Tuah

Rukanah / Ruqanah nama diberi. Mengisahkan Rukanah seorang yang handal dan kuat bergusti. Pada suatu hari dia mencabar Rasulullah SAW untuk bergusti dengannya. Oleh itu, Rasulullah menyahut cabaran itu. Setelah banyak kali ditewaskan Rasulullah, Rasulullah bersabda "Kamu tahu kah apa kekuatan seorang Muslim? Beza serban Muslim ialah kami memakai kopiah dengan serban sementara orang kafir hanya memakainya tanpa kopiah". Kemudian Rukanah pun memeluk Islam. (Ada juga versi yg mengatakan Rukanah tidak memeluk Islam ketika itu tetapi setelah Fathul Mekah).


ADAKAH SAHIH KISAH INI?

1. Siapakah Rukanah?
Adakah Rukanah ini sahabat Rasulullah SAW? Jika dia hidup di zaman Rasulullah SAW, kemudian beriman sudah tentulah dia termasuk di kalangan sahabat. Namun, siapakah Rukanah?

Jika dia seorang yang sememangnya handal dan Quraisy mengiktiraf kehandalannya, di manakah nama Rukanah dalam Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak, Perang Tabuk, Perang Yamamah atau mana-mana siri perperangan? Sekiranya benar kehandalan Rukanah, sudah tentu dia sudah setaraf ketokohannya dengan Saidina Umar Al-Khatab R.A atau Khalid Al-Walid R.A. Tapi nama Rukanah tidak pernah pun sekali-kali dikenali pada situasi lain di dalam sirah kecuali pada waktu bergusti ini.


2. Di manakah gusti ini berlaku? Jika di Mekah, maka ia mustahil kerana sepanjang Rasulullah SAW di Mekah, dakwah dibuat secara sembunyi-sembunyi. Jika tiba-tiba berdakwah dengan bergusti, maka itu tidak dipanggil  sembunyi kerana sudah tentulah heboh apabila orang-orang handal Quraisy sudah tumpas.

Jika di Madinah, mengapa pula orang Kafir Quraisy berada di Madinah? Sedangkan Kafir Quraisy sudah tentu lah diamnya di Mekah. Kerana yg ikut berhijrah itu hanyalah orang-orang Islam Quraisy.



3. Mungkin kah hal ini berlaku selepas Fathul Mekah? Jadi Mungkin selepas Fathul Mekah, mereka boleh bergusti di Mekah secara terang.

Sudah tentulah tidak kerana setelah Fathul Mekah, orang-orang kafir ramainya yang memeluk Islam. Hatta Abu Sufyan juga memeluk Islam ketika itu. Maka kemungkinan Kafir Quraisy untuk ada pada waktu itu sangat tipis. Malah, jalan cerita pula menunjukkan bahawa kisah ini berlaku sebelum Fathul Mekah.


4. Adakah masuk dek akal, setelah Rasulullah SAW menewaskan Rukanah, Rasulullah SAW berdakwah tentang cara memakai serban? Ia sesuatu yg tidak kena.dengan situasi. Sepatutnya Rasulullah SAW menegur tentang kesombongan Rukanah, atau akidah Rukanah kerana itulah mesej utama dalam Islam. Masuk akal kah Rasulullah SAW selepas menewaskan Rukanah, hannya ingin bercerita tentang cara pakai serban? Sudah tentu tidak.

Rasulullah SAW diutuskan untuk membawa tauhid, akidah dan agama ini kepada ummat. Bukannya untuk menegur orang tentang serban. Jika kisah ini benar, maka menjadi dalil pula bagi pengharaman memakai serban tanpa kopiah. Sedangkan sememangnya budaya Arab di sesetengah tempat tidak pun memakai kopiah ketika memakai serban. Malah orang Melayu sendiri di persisiran perairan terutamanya juga memakai serban (ikatan kain) tanpa kopiah sebagaimana yg biasa kita lihat pada nelayan-nelayan ataupun kaki pancing.

5. Kisah ini sangat lemah dari segi perawi dan sanadnya. Perawi nya ramai yang tidak dikenali.


Kesimpulannya, kisah ini ialah kisah yang sangat lemah. Tidak boleh menjadi dalil bagi menentukan hukum dan tidak boleh menyandarkan kisah ini kepada Rasulullah SAW. Wallahualam.



___________________________
~Taufiq Tuah~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments