Isu Hadis: Sahabat Berdoa Untuk Doa Awal Tahun?


OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi



Para Sahabat Nabi SAW berdoa di awal tahun?



Semalam saya ditanya tentang hantaran ini. Saya berjaya membuat kajian sepintas lalu dan merumuskan bahawa:

1. Sanad riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat ini lemah kerana kelemahan rawinya yang bernama Rishdin b. Sa'd manakala Mahdi b. Ja'afar al-Ramli bermasalah. Al-Haythami mutasahil, maka tidak pelik beliau boleh menghasankan sanad yang lemah seperti ini. 

2. Walau bagaimanapun, sanad riwayat Abu al-Qasim al-Baghawi dalam Mu'jam al-Sahabah ini sahih. Semua rawinya thiqah dan sanadnya muttasil.  

3. Terdapat tahrif pada riwayat al-Baghawi di mana disebutkan "Ibrahim b. Hani' b. Asbagh" sedangkan yang sebetulnya ialah "Ibrahim b. Hani' 'an (daripada) Asbagh." 

Hal ini diketahui kerana Ibrahim b. Hani' dikenali meriwayatkan daripada Asbagh. Selain itu, Ibnu Hajar al-'Asqalani juga mengatakan bahawa riwayat ini diriwayatkan melalui jalan Asbagh.

4. Athar ini menguatkan atau boleh mengesahkan hadis marfu' bahawa Rasulullah SAW berdoa "Allah Maha Besar. Ya Allah, nampakkanlah bulan sabit itu kepada kami dengan penuh keamanan dan keselamatan dan taufiq kepada apa yang Engkau cintai dan Engkau redhai. Tuhan kami dan Tuhan kamu ialah Allah" semasa melihat bulan sabit yang diriwayatkan dengan beberapa sanad yang lemah.

5. Kemungkinan besar doa ini dengan lafaz ini benar-benar sabit daripada Nabi SAW berdasarkan kesungguhan para sahabat mempelajarinya yang digambarkan "sebagaimana mereka mempelajari al-Quran".

6. Namun, doa ini tidak khusus dibaca pada awal tahun sahaja, tetapi setiap kali memasuki bulan baharu, termasuk bulan baharu pada tahun baharu.


___________________________
~ Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi ~
Unit Asatizah
_____________________________

Comments