Menelanjangkan Kecurangan Hizbut Tahrir Ke Atas Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

HIZBUT TAHRIR GEMAR MEMBELIT DAN MELAKUKAN JENAYAH ILMIYAH

Hizbut Tahrir melakukan Jenayah Ilmiyah dengan mengerat ucapan para ulama dan meninggalkan kefahaman ulama tersebut secara menyeluruh! Mereka lakukan demi untuk menunjukkan bahawa para ulama tersebut mendokong pemahaman BATIL lagi SESAT mereka sehingga sanggup melakukan penyelewengan dan pendustaan atas nama Ulama.


Di bawah kita akan lakukan pembuktian dengan cara:

1) Membawakan kalam ulama tersebut yang menerangkan pendirian mereka yang sebenar.
2) Aqidah yang mereka yakini berdasarkan hadis ahad.

HT mampu menipu anggotanya sebab mereka hanya percaya apa yang dikatakan oleh Taqiyuddin dan para gembong HT yang lain, sehingga mereka tidak menyelak Fathul Bari dan mereka juga tidak pernah mempelajari kitab2 aqaidah Ahlul Sunnah.



HUJAH HIZBUT TAHRIR

Hujah HT: "Perkataannya (والفرائض /kewajiban-kewajiban) setelah menyebutkan tentang Azan, Solat dan Puasa, merupakan menyambung kata umum dengan kata khusus. Dan disebutkan dengan 3 kewajiban (azan, solat, puasa) itu saja hanya sebagai bentuk perhatian atasnya. Al-Imam Al-Kirmani berkata, "Hal itu agar diketahui bahawa ia (khabar seorang yang jujur) hanya berlaku dalam masalah amal-amal saja bukan dalam masalah i'tiqadiyyah". (Fathul Bari)

Ibnu Hajar menukil perkataan al Kirmani: "Hadis ahad tidak dijadikan dalil dalam masalah aqidah". (Fathul Bari, juz 8, Bab Khabar Ahad)



JAWABAN KEPADA HIZBUT TAHRIR MENGGUNAKAN UCAPAN IBNU HAJAR

Ibn Hajar hanya menukil pendapat Al Karmani namun beliau tidak berkata sama ada menyetujuinya atau tidak. Namun dalam kitab2 yang lain termasuk Fathul Bari sendiri seperi beliau berkata:

"Telah tersebar luas apa yang diamalkan oleh para sahabat dan para tabi'in berdasarkan khabar ahad tanpa ada yang mengingkarinya. Maka ini menunjukkan wujudnya kesepakatan (ijma') di kalangan mereka untuk menerimanya". (Fathul Bari juz 13)


Ibn Hajar berkata lagi dalam Fathul Bari:
"Sebagian para imam menggunakan ayat Allah Al Maidah : 67 sebagai dalil diterimanya khabar Ahad.


"Wahai Rasul, Sampaikanlah apa yang diturunkan  kepadamu dari Rabb-mu, jika engkau tidak lakukan hal tersebut, maka seseungguhnya  engkau tidak menyampaikan risalah-Nya".
(Al Maidah : 67)

Dalam ayat ini Rasulullah saw  diperintahkan untuk menyampaikan risalah-Nya sementara itu beliau adalah  Utusan untuk seluruh manusia, Kerananya  beliau harus menyampaikan risalah ini  kepada semua manusia. Jika khabar Ahad tidak dapat diterima, tentunya syari'at  Islam ini  tidak akan bisa disampaikan kepada seluruh manusia, karena tidak  mungkin Rasul mampu berdialog langsung dengan seluruh manusia, begitu juga  beliau tidak akan bisa untuk mengirimkan sejumlah orang yang Mutawatir. ini  adalah Hujjah yang bisa diterima". (Fathul Bari)


Ibn Hajar berkata lagi dalam kitabnya yang lain:
"Hadis yang mengandung ilmu yaqin kerana qarinah ada beberapa macam. Salah satunya apabila diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dalam Shahih-nya yang tidak mencapai darjat mutawatir. Hadis ini mengandung ilmu yaqin kerana:


a) Kemuliaan keduanya (Al-Bukhari dan Muslim) dalam hadis;

b) Keduanya adalah orang yang terdahulu yang memisahkan hadis shahih; dan

c) restu para ulama untuk menerima kedua kitabnya.


Restu ini saja lebih kuat untuk menjadikan hadisnya mengandung ilmu yaqin daripada banyaknya jalan yang tidak mencapai mutawatir". (Nuzhatun-Nadhar fii Taudliihi Nukhbatil-Fikar)

Kenyataan ini diulangi oleh Ibn Hajar dalam Syarah An Nukhbah: "Ijma itu telah terjadi atas dasar diakuinya keshahihan riwayat-riwayat tersebut".



JAWABAN KEPADA HIZBUT TAHRIR MENGGUNAKAN KEYAKINAN IBNU HAJAR

Dalam Fathul Bari juga, Ibn Hajar menghuraikan tentang Azab Kubur, walhal HT mengingkari dang menetapkan bahawa HARAM untuk percaya kepada azab kubur. Lihat apa yang Ibn Hajar katakan:

"Jawabannya adalah bahawa siksaan kubur dari ayat pertama diambil secara mafhum bagi orang yang tidak memiliki iman. Demikian pula secara manthuq (penunjukan secara nash) pada ayat yang kedua terhadap para pengikut Fir'aun, dan termasuk pula yang sama hukumnya dengan mereka dari kalangan orang-orang kafir. Maka yang diingkari oleh Nabi saw adalah terjadinya siksaan kubur bagi ahli tauhid (kaum mukminin). Kemudian Nabi saw diberitakan kepadanya bahawa hal itu boleh saja terjadi bagi siapa yang dikehendaki Allah swt dari mereka, sehingga beliau pun memastikan dan memperingatkan darinya, serta bersungguh-sungguh dalam memohon perlindungan darinya sebagai bentuk pelajaran dan bimbingan kepada umatnya. Maka tidak ada kontradiksi. Walhamdulillah". (Fathul Bari juz 3)

Disamping itu Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Fathul Bari juga membawakan riwayat dari Ath Thabrani dan Ibnu Abi Hatim, melalui jalan Ali bin Abi Thalhah, dari Ibnu Abbas. Ibnu Abbas menjelaskan makna ayar Al An'am : 93, dengan berkata:

"Itu terjadi ketika seseorang sedang dalam kematian. Makna al basthu ialah memukul. Para malaikat memukul wajah orang-orang itu dan memukul punggung mereka".

Kemudian Ibnu Hajar menjelaskan: "Hal ini, meskipun terjadi sebelum dikubur, namun ia termasuk azab yang terjadi sebelum hari Kiamat, kemudian dikaitkan dengan azab kubur. Sebab, umumnya azab semacam itu terjadi di alam kubur, dan juga orang-orang yang telah mati umumnya dikuburkan. Kalaulah tidak dikuburkan, maka orang kafir mahupun orang maksiat yang dikehendaki Allah mendapat siksa, akan tetap disiksa meskipun belum dikuburkan. Tetapi makhluk lain tidak mampu melihat kejadian itu, kecuali yang dikehendaki Allah". (Fathul Bari)


Dalam kesempatan lain, Ibnu Hajar berkata dalam juz yang sama:
"Berkata Ath-Thabari setelah dia menyebutkan berbagai perbezaan dari selain mereka; bahawa umumnya mereka menafsirkan makna satu di antara dua azab itu adalah azab kubur, sedangkan yang lainnya boleh salah satu yang telah disebutkan seperti kelaparan, terbunuh, terhina, dan lainnya".


Kemudian Ibn Hajar menbuat sebuah pernyataan yang bisa membungkan HT yang gemar berdusta atas nama beliau:
"Ibnu Hazm dan Ibnu Hubairah berpendapat bahawa pertanyaan dalam kubur hanya terjadi pada ruh saja, dia tidak kembali kepada jasadnya. Namun jumhur ulama berbeza dengan mereka, jumhur mengatakan: 'Ruh akan dikembalikan kepada jasad atau sebagiannya sebagaimana telah dikuatkan oleh hadis. Seandainya hanya ruh saja tanpa dikembalikan ke badan, maka hal itu harusnya mencegah terjadinya terbahagi-bahaginya tubuh mayat, kerana sesungguhnya Allah Maha Mampu untuk mengembalikan kehidupan kepada sebagian anggota jasad dan memberikan pertanyaan kepada mereka, sebagaimana Dia juga mampu mengumpulkan lagi bahagian-bahagian yang telah terpotong itu'." (Fathul Bari, juz 3)


Lantas Ibnu Hajar menutur perkataan Ibnu Hubairah dalam Fathul Bari:
"Pemakan riba akan disiksa dengan cara disuruh berenang di sungai yang airnya berwarna merah dan mulutnya akan disumbat dengan batu. Kerana asal riba itu terjadi dalam transaksi emas dan emas itu berwarna kemerah-merahan. Sedangkan malaikat yang menyumbati mulutnya dengan batu adalah isyarat bahawa dia tidak pernah merasa puas dengan hasrat yang ada. Begitu pula halnya dengan riba, yakni pelakunya berkhayal bahawa hartanya terus bertambah padahal Allah swt membinasakannya di kemudian hari". (Fathul Bari juz 12)



Kemudian Imam Ibnu Hajar menyimpulkan dasar keimanan dirinya yang membantah kedustaan HT:
"Menurut jumhur, dinampakkannya neraka kepada Fir'aun dan kaumnya ialah di alam barzakh. Ini merupakan bukti tentang penetapan adanya azab kubur". (Fathul Bari)



TANDAAN:
Bagaimana kalian bersikap lancang dan curang wahai Hizbut Tahrir? Apakah kalian merupakan manuspa pendusta dan pemutar belit? Apakah kalian hanya mengambil separuh catatan dari Ibnu Hajar dan membuang perkataan Ibnu Hajar yang lain ke dalam lubang najis?

Apakah kalian buta atau Tuhan telah butakan mata kalian? Bukalah mata kalian jika kalian benar2 ingin meniti jalan Islam.

Lihat bahawa Ibnu Hajar mengimani akan hadis ahad dan telah menetapkan bahawa perkara tersebut merupakan ijma' sahabat dan tabi'in, lantas Ibnu Hajar penuhkan bukunya Fathul Bari dengan membahas aqidah-aqidah tersebut termasuk Azab Kubur dan segala siksa semacam pengamal riba yang mana kalian tolak!



___________________________
  Abu Amru Radzi Othman
   ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments