Aksiologi Dalam Sosiologi Islam

OLEH: Abu Amru Radzi Othman


Setiap bangsa, budaya dan agama memiliki Teori Nilai yang berbeza. Aksiologi yang mereka dukung tidak sama lantaran cara pandang yang berlainan.

Islam melihat bahawa antara susunan selipar maka menyahut panggilan Allah lalu menyembah nya semata-mata; lebih penting dan utama.

Lalu dari dua hal;

(1) susun selipar

(2) mengabdikan diri hanya pada Ilahi

Lantas Islam menekankan alawiyatnya pada perkara ke (2) iaitu taabudi dan taqarrub itu milik khusus Allah.

Maknanya mendahulukan yang utama dan paling urgen; lambang kebijaksanaan dan kecerdikan.

Malah dalam menuju solat itu juga nanti nya seorang muslim diajar cara berbaris secara benar!

Bayangkan hanya diperlukan 5minit untuk mengatur jutaan manusia di dalam Masjidil Haram.

Maka apakah lebih sukar menyusun selipar yang mati itu dari menyusun manusia yang hidup?

Demikian juga mendahulukan seruan tauhid itu adalah penyelamat dari seruan menyusun selipar.

Namun dalam masa yang sama, alangkah indah kalau kita dapat meniru budaya menyusun kasut secara rapi.

Maknanya kita telah menjadikan hidup kita sesempurna yang termampu. Tapi ini mungkin igauan dan angan-angan yang utopia.

Kerana penyusunan selipar oleh santri Budha itu berlaku sangat langka, iaitu berlaku dalam candi tertentu sahaja.

Dan Buddhaisme adalah agama atheis; tuhan tidak wujud dan manusia tercipta begitu sahaja lantas swastika diperlukan agar manusia bisa hidup aman dan harmoni.


___________________________
~Abu Amru Radzi Othman~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments