Nilai Sebuah Pemberian

OLEH : Ustaz Huzaifah Hadis

Dapat brim gula-gula.

Dapat sara pun gula-gula.
Sesiapa yang bersyukur, nescaya kami akan tambah nikmat baginya, sesiapa yang kufur maka ketahuilah azab Kami itu sangat pedih.(Surah Ibrahim ayat 9)
من لم يشكرِ النَّاسَ لم يشكرِ اللَّهَ
Sesiapa yang tidak bersyukur kepada manusia, maka tandanya dia tidak bersyukur kepada Allah (HR Tirmidzi dengan sanad hasan)
Syukurilah segala nikmat yang ada.
Dulu bila DSN jatuh, ramai yang menyesal, kini cukuplah untuk diulangi lagi.
Bagi yang bercita-cita untuk menjadi alternatif, tunjukkan ketokohan dan kepimpinan dalam skala negeri yang kecil hingga boleh menambat hati pengundi untuk memilih sebagai alternatif kepimpinan sedia ada.
100 itu nilainya sedikit?
Ya, mungkin bagi mereka yang gajinya ribu-ribu.
Bagi rakyat yang cuma pendapatannya 1500-1700 sebulan, ia sangat besar dan bernilai.
Bagi yang rasa wang sara RM100 ini sedikit, ambillah dan belilah barang keperluan dan infakkan di tempat-tempat yang memerlukan. Kalau tak mahu sekalipun, janganlah hina nilai RM100 ini. Apatah lagi time hujung bulan tunggu gaji masuk.
5-6 peratus kalau dinisbah kepada gaji 1500-1700 ini. Kadang-kadang oleh kerana dia MP, dia adun gaji berbelas ribu, boleh hina bantuan sedemikian. Macam ada satu adun tu hina 400 cuma boleh habis untuk pergi pasaraya sekali.
Mungkin kalau dulu, dia terpaksa berhutang hujung bulan untuk beli barang keperluan , dgn adanya bantuan ini, mungkin dia tak perlu berhutang.
Jangan macam tu.
Org yg kamu hina itu, silap-silap dia paling kuat sokong parti kamu. Sebab undi dia kamu boleh jadi yb dgn gaji berbelas ribu.
Begitu juga yg hina turun minyak 6 sen dan sebagainya. Kalau kaya sekalipun, tak perlu hina turun cuma 6 sen. 6 sen itu mungkin tak ada nilai buat diri kamu, tetapi ia begitu bernilai buat rakyat kebanyakan.
Dulu sudah ada, seorang mantan MB yg hina penjawat awam dgn bagi penyapu, sekarang, dia pun sudah tiada nilai langsung tetapi perlakuannya masih diingati hingga bila-bila.
Fikir-fikirkanlah....

Comments