Kirim Al-Fatihah: Antara Mengikuti Dalil Atau Mengikuti Kebanyakan Manusia

OLEH: Bhenhar Jul Abdul Razak

Rasulullah Sallallahu Alaihi wassalam bersabda,

‎مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
“Barangsiapa melakukan suatu amalan yang bukan berasal dari kami, maka amalan tersebut tertolak” - (HR. Muslim no. 1718)

Sabda Baginda lagi,

“Wajib bagi kalian untuk berpegang pada sunnahku dan sunnah khulafa ar-rasyidin disepeninggalanku. Peganglah ia erat-erat, gigitlah dengan gigi geraham kalian. Jauhilah dengan perkara (agama) yang diada-adakan kerana setiap bid’ah adalah kesesatan” - 
(HR. At-Tirmidzi no.2676)

Kirim pahala, atau kirim al-fatihah kepada si mati sudah menjadi tradisi ditegah-tengah masyarakat dan amalan ini masyhur hingga saat ini.. Maka timbul persoalan adakah amalan ini sesuai dengan tuntunan Nabi Sallallahu Alaihi wassalam ?

Adakah dengan ramainya yg mengamalkan menjadi tolok ukur kebenaran atau kebenaran itu diukur berdasarkan nas dan dalil yg shahih dari al-Quran dan Sunnah dengan mengikuti pemahaman salaf as-Soleh ?

Dua hadits di atas menjadi renungan kita sejauh mana amalan kirim al-fatihah ini termasuk sunnah Nabi atau sebaliknya dan semoga dua poin di bawah ini pula boleh merungkai persoalan di atas:

Pertama : Tiada satupun riwayat yg shahih Rasulullah dan para Sahabat mengamalkan amalan kirim al-fatihah kepada si mati.

Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin menerangkan,

“Membacakan Al-fatihah atas orang yang telah meninggal tidak saya dapatkan adanya nash hadits yang membolehkannya. Berdasarkan hal tersebut maka tidak diperbolehkan membacakan Al-Fatihah kepada orang yang sudah meninggal. Kerana pada dasarnya suatu ibadah itu tidak boleh dikerjakan hingga ada suatu dalil yang menunjukkan disyari’atkannya ibadah tersebut dan perbuatan itu termasuk syari’at Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Dalilnya adalah bahwasanya Allah mengingkari orang yang membuat syari’at dan ketentuan dalam agama Allah yang tidak dizinkan-Nya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :

“Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah. Sekiranya tak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zhalim itu akan memperoleh adzab yang amat pedih” - (Asy-Sura ayat 21)

Demikian juga fatwa Syaikh Shalih bin Fauzan al-Fauzan hafidzahullah..

[Disalin dari kitab 70 Fatwa Fii Ihtiraamil Qur’an edisi Indonesia 70 Fatwa Tentang Al-Qur’an terbitan Darul Haq.]

Kedua : Kirim pahala bacaan al-fatihah atau bacaan al-Quran tidak sampai kepada si mati..

Kita di Malaysia sinonim berpegang dengan Mazhab Syafi’e. Walaupun kirim pahala bacaan al-quran ada khilaf (perselisihan) dikalangan para ulama dan termasuk ulama syafiyyah mutaakhirin, tapi mari kita lihat bagaimana pendapat Imam Asy-Syafi’e rahimahullah berkenaan kirim pahala bacaan al-Quran kepada orang yg meninggal dunia..

al-Hafidz Ibnu Katsir rahimahullah seorang ulama yang bermazhab Syafi’e, penulis kitab tafsir, Ketika menafsirkan firman Allah di surah an-Najm,

‎وَأَنْ لَيْسَ لِلإنْسَانِ إِلا مَا سَعَى

“Bahwa manusia tidak akan mendapatkan pahala kecuali dari apa yang telah dia amalkan.” - (surah an-Najm ayat 39)

“Dari ayat ini, Imam as-Syafi’e rahimahullah dan ulama yang mengikuti beliau menyimpulkan, bahawa menghadiahkan pahala bacaan al-Quran tidak sampai kepada mayit. Kerana itu bukan bahagian dari amal mayit maupun hasil kerja mereka.” - (Tafsir Ibnu Katsir, 7/465)

Dapatlah kita fahami bahawa kirim pahala bacaan al-fatihah bukanlah bahagian dari sunnah Nabi Sallallahu Alaihi wassalam bahkan pendapat yang kuat pahala bacaan al-fatihah yang dikirim itu tidak sampai kepada si mati.

Tapi ada juga persoalkan bagaimana pula dalam tv, radio dan ramai lagi dorang masih kirim juga al-fatihah, rasa asing pula kalau tidak buat begitu? terpulang dari kita sama ada mengikuti dalil atau mengikuti kebanyakkan manusia.. cukuplah hadits dibawah ini jawapan kepada orang yang lebih memilih kebanyakkan manusia berbanding dalil yang shahihah..

Dari Abu Hurairah radiallahu anhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi wassalam bersabda,

“Sesungguhnya Islam dimulai dengan keterasingan dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka beruntunglah orang-orang yang asing (Al-Ghuraba)” - (HR. Muslim 2/175-176 -An-Nawawi)

Kepada orang yang sudah meninggal dunia yang kita kirim itu adalah doa, kita mohonkan rahmah dan maghfirah baginya.. Seorang anak bersedekah atas nama orang tuanya dan juga melakukan haji atas nama mereka. Inilah amalan-amalan yang ada dalilnya adapun mengirim al-fatihah untuk orang yang sudah mati adalah amalan yang diada-adakan..

Wallahu’alam

___________________________
Bhenhar Jul Abdul Razak ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments