Guruh Dan Kilat Dalam Islam

OLEH: Abu Amru Radzi Othman


Ar Ra’du (Guruh) adalah bunyi suara yang terdengar dari awan. Manakala As Showa’iq (Kilat) adalah cahaya api yang muncul dari langit bersamaan dengan bunyi petir.

Jadinya, petir dan guruh adalah bunyi dentuman. Manakala kilat dan halilintar adalah hal yang sama, iaitu pancaran cahaya. Terkadang juga kilat atau halilintar disebut sebagai mata petir, kerana ia mendahului petir.

Ada hadis dan atsar yang menjelaskan tentang kilat dan petir ini. Dan penjelasan tersebut sangat bertentangan dengan logika sains emperikal. Mungkin kaum Liberal akan mentertawakan golongan yang beriman pada isi kandungan hadis tersebut.

Nabi bersabda: "Petir adalah malaikat yang diberi tugas mengurus awan dan bersamanya pengoyak dari api yang memindahkan awan sesuai dengan kehendak Allah"
(HR At Tirmizi)

Ali ra berkata: "Petir adalah malaikat, dan suaranya itu adalah pengoyak di tangannya.” Dalam riwayat lain dari Ali juga: "Suaranya itu adalah pengoyak dari besi di tangannya".

Begitu juga dengan Ibn Abbas yang berkata: " Sesungguhnya petir adalah malaikat yang membentak (meneriak) untuk mengatur hujan sebagaimana pengembala ternakan membentak haiwannya" (Adabul Mufrad)

Ibn Taimiyyah berkata: "Malaikat adalah yang menggerakkan awan, lalu memindahkan dari satu tempat ke tempat lain. Dan setiap gerakan di alam ini baik yang di atas (langit) mahupun di bawah (bumi) adalah dari malaikat. Suara manusia dihasilkan dari gerakan bibir, lidah, gigi, dan tekak. Dari situ, manusia boleh bertasbih kepada Allah swt, boleh mengajak kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran. Oleh kerana itu, guruh adalah suara yang membentak awan. Dan kilat adalah kilauan air atau kilauan cahaya" (Majmu Fatawa)

* Ringkasan artikel Ust Muhammad Abduh Tuasikal yang bertajuk Ada Apa Di Balik Petir? dengan sedikit tambahan

___________________________
~Abu Amru Radzi Othman~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments

  1. Bismillahirrohmaanirrohiim mohon share jzkk Moga diterima sebagai amal soleh In Syaa Allah Aamiin Allahumma Aamiin

    ReplyDelete

Post a Comment