Syeikh Hasan al-Saqqaf: Catatan Syeikh Sa’id Fudah

OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi

Syeikh Hasan al-Saqqaf: Catatan Syeikh Sa’id Fudah 



“Pada awalnya, orang yang muncul sebagai seorang Asha’ari yang membela mazhab Ahl al-Sunnah wa-al-Jama’ah dan mempertahankan ahl al-haqq ialah Syeikh Hasan al-Saqqaf. Beliau bangun menentang sebahagian pihak lawan dalam sejumlah masalah yang baik dari sesetengah seginya sesuai dengan keadaan beliau dan keadaan lawan.

Lalu, sebahagian syeikh Ahl al-Sunnah menerima baik perbuatan beliau. Pada awalnya, mereka menyebut-nyebut kebaikannya dan memuji apa yang beliau lakukan. Kebanyakan mereka tidak setuju dengan uslub yang beliau gunakan kerana beliau turun ke peringkat terendah dalam hal itu (terlalu kasar?) walaupun telah banyak dinasihati oleh para syeikh. Mereka menasihati supaya beliau meninggalkan uslub yang salah/uslub berdebat yang digunakannya walaupun ketika berbicara dengan penentang Ahl al-Sunnah daripada kalangan Mujassimah dan Mushabbihah.

Nampaknya ketika itu beliau tidak menzahirkan iktikad beliau yang sebenar kerana sebab-sebab tertentu kerana tidak beberapa tahun kemudian beliau menentang mazhab Ahl al-Sunnah, mencerca ulama, dan menyerang pemimpinnya, juga menghina pendapat-pendapat mereka. Kami akan menunjukkan sebahagian kata-kata beliau dalam risalah ini dan memperincikannya dalam risalah-risalah khusus nanti – insya-Allah.

Penentangannya (terhadap Ahl al-Sunnah) bermula dengan terbitnya syarah al-‘Aqidah al-Tahawiyyah pada tahun 1995. Beliau menyelitkan beberapa pandangan yang menyeleweng daripada Ahl al-Sunnah. Dalam syarah itu sendiri terdapat beberapa sanggahan, penentangan, dan penghinaan terhadap al-Tahawi sendiri dan terhadap ulama-ulama ummah yang lain.”

[Mawqif Ahl al-Sunnah mina al-Khilaf bayna al-Ghumari wa-al-Saqqaf (t.t); tanpa penerbit; h. 11]

Nota:

Syeikh Sa'id Fudah merupakan seorang ulama Asha'irah semasa. Beliau banyak menulis kitab mengkritik Imam Ibnu Taymiyyah.

'Ahl al-Sunnah' dalam kata-kata beliau merujuk kepada Asha'irah-Maturidiyyah.

Shaikh Sa'id Fudah

Hassan As-Saqqaf
___________________________
~ Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi ~
Unit Asatizah
_____________________________

Comments