Ibn Arabi Sesat? Apa Kata Ulama Asyairah Imam Al-Ahdal

OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi


Imam al-Ahdal (855 H) atau nama lengkapnya, Husayn b. 'Abd al-Rahman al-Ahdal yang merupakan ulama sufi dari Yaman, berakidah Ash'ari, dan bermazhab Shafi'i pernah menjelaskan pendirian beliau tentang tokoh besar mutasawwifah yang digelar al-Shaykh al-Akbar di sisi mereka iaitu Ibnu 'Arabi dalam kata-katanya:

“Bab Tiga: pada Menerangkan Keadaan Ibnu ‘Arabi dan Para Pengikut Beliau yang Keluar (daripada Islam), Merapu, dan Melampau – Serta Menerangkan Sebahagian Kata-kata dan Penyelewengan Mereka Terhadap Kitab Allah al-Mubin.

Ketahuilah olehmu – semoga Allah merahmatimu – bahawa Ibnu ‘Arabi dan pengikut-pengikutnya termasuk golongan hashawiyyah, melampau, penganut falsafah batiniyyah, mulhid, jabriyyah, mutasawwifah yang mengaku Islam...

Demikian juga (sama seperti pengikut musyrikin) golongan mutasawwifah batiniyyah mulhid ini, mereka berusaha merosakkan agama dan menyesatkan umat Islam atas nama tasawwuf dan ilmu hakikat. Lalu, Allah membongkar (kesesatan) mereka dengan tulisan dan karangan mereka (sendiri), mendedahkan keaiban dan menunjukkan kepada ulama kehodohan mazhab dan kebatilan dakwaan mereka lantas para ulama berfatwa mengkafirkan mereka...

Ibnu ‘Arabi mahir dalam ilmu aqliyyah dan mazhab lawan tetapi beliau tidak diberikan taufik. Maka, beliau tidak mengikat diri dengan ikatan syariat Muhammadiyyah, berani melawan ijmak umat Islam, dan membangunkan mazhabnya di atas kaedah-kaedah yang dicantumkan daripada mazhab-mazhab sesat.”

[Kashf al-Ghita’ ‘an Haqa’iq al-Tawhid (t.t) Ahmad Bukayr Mahmud (ed); tanpa penerbit; h. 181-182]


___________________________
~ Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi ~
Unit Asatizah
_____________________________

Comments