OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Contoh Abu Syakur Al Salimi menetapkan Asyaariyah sebagai penganut aqidah kufur.
Pertentangan ini banyak berlaku di Kawasan Transoxania seperti Khurasan, Naysabur, Al Ray dan Isfahan.
Dalam Mu'jam Al Buldan, dinyatakan bahawa berlaku peperangan berdarah antara Al Maturidiyah dan Al Asyaariyah di Al Ray dan isfahan. Peperangan berlaku atas sebab perbezaan keyakinan.
Penyesatan dan penindasan ini dikuatkan pada zaman Sultan Tughril Beg (w 455H) dimana beliau memecat mana-mana pegawai agama dari Asyaariyah termasuk mazhab Salaf.
Pada tahun 455H, beliau menurunkan titah agar semua masjid di Khurasan melaknat Asyaariyah.
Keadaan hanya beransur pulih apabila Wazir Kerajaan Saljuk: Alp Arslan wafat pada 465H dan diganti oleh Nizam Al Mulk.
Di Aleppo pula ketika zaman Dinasti Ayubbiyah, telah berlaku peperangan antara Asyaariyah dan Maturidiyah. Puncanya adalah Salahuddin Al Ayubi telah memecat ulama Maturidiyah lantas melantik ulama Asyaariyah, atas hasutan Isa al Hakkari iaitu ulama Asyaariyah.
Kesan dari itu, Salahuddin menjalankan polisi membangunkan dua madrasah serentak dan polisi mengiktiraf Asyaariyah ini diteruskan sampai Turki Uthmaniyah.
Yang ajaibnya adalah sikap menggabungkan dua keyakinan berbeza malah saling berlawanan sebagai "kebenaran".
Gambar Hiasan Semata-Mata
ULAMA SYAFI'IYAH MENOLAK MAZHAB AL ASYA'IRAH
Abul Hasan Al Karji berkata:
"Para imam dan alim ulama Syafi'iyah, dari dulu sampai sekarang menolak dinisbatkan kepada Asy'ariyah. Mereka justeru berlepas diri dari mazhab yang dibangun oleh Abul Hasan Al Asy'ari. Menurut yang aku dengar dari beberapa syaikh dan imam, bahkan mereka melarang teman-teman mereka dan orang-orang dekat mereka dari menghadiri majlis-majlisnya...." (At Tis'iniyyah).
APA PERBEZAAN HANYA SEPUTAR ISU NIAT DAN CARA MENGKUDUSKAN TUHAN?
Kalau menganggap beda mazhab Salaf dan Al Asya'irah atau Maturidiyah hanya pada sisi niat dan cara mengkuduskan Tuhan, lantas kenapa tidak masukkan Mu'tazilah juga dalam kelompok Ahlul Sunnah?
Khalifah Abasiyah yang melakukan upacara pemburuan ulama mazhab Salaf - sampai Imam Al Buwaiti mati dalam lubang gelap, dan Imam Ahmad di pasung dan dipaksa berjalan berhari-hari sampai ada sahabat beliau yang mati di tengah jalan - telah menulis kepada para gabenor beliau bahawa dia melakukan program Ujian ini adalah dengan tujuan untuk mengkuduskan Allah!
Dia menganggap orang yang mengatakan Al Qur'an adalah Kalamullah, telah menghina Allah, dan Allah telah terkontaminasi dengan ciptaan. Maka tujuan khalifah hanyalah untuk mensucikan Allah.
Lalu apa yang kalian mahu bicara?
DUA SYEIKUL ISLAM BERBICARA TENTANG KULABIYAH DAN ASYA'IRAH
Syeikul Islam Ibnu Khuzaimah (w 311) dan Syeikul Islam Al Harawi (w 481) sangat terkenal membantah mazhab Al Asya'irah. Sampai-sampai mereka berdua pernah mengkafirkan mazhab Al Asya'irah dan Kulabiyah.
Benar, bahawa pandangan mereka berdua ini agak 'berat' dan terlalu 'syadid', namun yang pasti tidak ada seorang ulama Ahlul Sunnah yang menerima mazhab Kulabiyah dan Asya'irah sebagai Ahlul Sunnah!
Kita tidak mengkafirkan Kulabiyah dan Asya'irah. Demi Allah yang memiliki Ka'abah, mereka hanya golongan sesat yang masih menjadi Ahli Kiblat. Mereka masih Islam, tetapi memiliki pemahaman yang sesat.
___________________________
~
Abu Amru Radzi Othman
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment