Keluarga Besar Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam

OLEH: Abu Ubadiah Mohd Zaki








Bapa saudara Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam (dari saudara ayah baginda, disebut ‘amm) adalah: Hamzah, Al-‘Abbas, Abu Thalib ‘Abdu Manaf, Abu Lahab ‘Abdul ‘Uzza, Az-Zubair, ‘Abdul Ka’bah, Al-Muqawwam, Dhirar, Qitsm, Al-Mughirah (Hajl), Al-Ghaidaq Mush’ab, dan Al-Harits. Ada yang menyatakan bahwa Al-Muqawwam dan Al-Harits itu orang yang sama. Semuanya ada dua belas paman. Paman beliau yang paling tua adalah Al-Harits, yang paling muda adalah Al-‘Abbas.
Paman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang bertemu dengan masa keislaman adalah Abu Thalib, Abu Lahab, Hamzah, dan Al-‘Abbas. Lantas yang masuk Islam hanyalah dua yaitu Hamzah dan Al-‘Abbas.


Sedangkan ibu saudara baginda (dari saudara ayah baginda, disebut ‘ammah) adalah: Shafiyyah Ummu Az-Zubair bin Al-‘Awwam, ‘Aatikah, Barrah, Arwa, Umaymah, Ummu Hakim Al-Baidha’. Yang masuk Islam adalah Shafiyyah. Sedangkan ‘Aatikah dan Arwa diperselisihkan keislamannya.

Sedangkan sepupu baginda yang lelaki (anak dari bapa saudara baginda dari saudara ayah, disebut abna’ ‘amm) ada dua puluh lima. Semuanya masuk Islam kecuali Thalib bin Abi Thalib, dan ‘Utaibah bin Abi Lahab. Sepupu-sepupu yang paling masyhur adalah ‘Ali bin Abi Thalib, Ja’far bin Abi Thalib, ‘Uqail bin Abi Thalib, ‘Abdullah bin ‘Abbas, Al-Fahl bin ‘Abbas, ‘Ubaidullah bin ‘Abbas, Qitsm bin Al-‘Abbas, Abu Sufyan bin Al-Harits, dan Rabi’ah bin Al-Harits.

Sepupu baginda yang perempuan dari bapa saudara baginda dari saudara ayah adalah Ummu Hani binti Abi Thalib, Dhaba’ah binti Az-Zubair, Dirrah binti Abi Lahb, dan Umamah binti Hamzah.

Sepupu baginda dari ‘Ammat (anak dari saudara perempuan dari ayah baginda) ada sebelas lelaki dan tiga perempuan iaitu ‘Amir bin Baydha’ dan Zuhair (keduanya anak dari ‘Aatikah), lalu ‘Abdullah bin Jahsy, ‘Ubaidullah bin Jahsy, lalu Az-Zubair bin Al-‘Awwam, Zainab binti Jahsy, Hamnah binti Jahsy. Semuanya masuk Islam kecuali ‘Ubaidullah bin Jahsy.
Lihat Kayfa ‘Aamalahum, hlm. 147-148.




___________________________
~ Abu Ubaidah Mohd Zaki ~
Lajnah Infografik
_____________________________

Comments