Kenapa Kubah Masjid Nabawi Berwarna Hijau?

OLEH: Abu Amru Radzi Othman



Kubah Masjid Nabi dibina oleh Sultan Qalawun As Shalihi pada tahun 1250M (678H).

Mulanya tidak dicat dengan sebarang warna kerana dibuat dari kayu, dibiarkan begitu sahaja.

Sultan Qalawun ini dari Kerajaan Mamaluk Pertama, dikenal sebagai Dinasti Bahri, bermula dar 1250M hingga 1382M.

Kemudian Sultan Fayyabi pada Dinasti Burji (Mamaluk Kedua) menggantikan bahan binaan kubah kepada simen putih yang sebelum itu terbuat dari kayu pada 892H (1487M).

Kubah tersebut dibiarkan dengan warna putih simen sebelum ditukar warna biru.

Setelah itu warnakan dengan hijau hanya pada zaman Sultan Abdul Hamid Al Utsmani, iaitu pada 1839M (1253H).

Maknanya kubah makan Nabi berwarna hijau belum berlalu 200 tahun lagi.

___________________________
~Abu Amru Radzi Othman~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments