Diantara Teori Dan Praktikal

OLEH: Ustaz Abu Sufian Bin Shafie


Saya pernah baca tentang sistem pendidikan Kindergarten di negara Jerman.

Disana, mereka perhatikan kecenderungan kanak-kanak yg belajar kat situ.. Sebab manusia ini memang ada yg jenis book smart (pintar akademik, softskill dan teori) dan jenis street smart (pintar dlm hardskill, pertukangan dsb).

Bangsa Jerman dari turun temurun amat faham fungsi golongan book smart dan street smart utk membangunkan negara mereka.. Tidak hairan lah negara mereka amat ke hadapan dalam bidang sains dan teknologi..

Disebalik kehebatan para petani Jerman mengeluarkan hasil yg hebat di Lembah Rhine, dibelakang mereka ada saintis yg berusaha menghasilkan baja terbaik untuk tanaman mereka.

Disebalik kecanggihan teknologi Jerman, ada saintis (book smart) yg mengkaji TEORI di dalam makmal dan ada jurutera dan juruteknik sedang PRAKTIKAL dgn mesin-mesin yg canggih itu..

Disebalik kehebatan artillery Jerman dalam Perang Dunia Kedua, ada saintis yg bertungkus tumus dgn TEORI utk menghasilkan meriam yg terbaik, untuk PRAKTIKAL oleh tentera Jerman yg terbaik.

Di sebalik keperwiraan krew kereta kebal Jerman menumpaskan musuh dalam PRAKTIKAL medan perang, belakang nya ada saintis yg sibuk dgn TEORI di firma Krupp utk menghasilkan armor kereta kebal yg baik.

Teringat saya kisah sebuah keluarga Jerman Timur yg ingin lepaskan diri dari cengkaman komunis.. Mereka ingin melepasi tembok Berlin yg memisahkan Jerman Timur dan Jerman Barat..

Anak-anak mereka pintar dalam kejuruteraan dan ibu mereka tukang jahit yg mahir..

Mereka cipta satu belon udara panas utk menyeberang tembok Berlin tanpa disedari oleh tentera Komunis..

Dengan segala TEORI.. mereka design belon itu supaya mampu bawa mereka sekeluarga melepasi tembok Berlin..

Segala TEORI.. kinetik, jumlah bahan api, jumpah beban dan rintangan udara, semuanya di 'estimate' dengan teliti..

Ibu mereka, dengan ilmu PRAKTIKAL.. Menjahit belon udara itu dengan ukuran dan bahan berdasarkan TEORI dari anak-anak dia..

Dalam beberapa bulan, belon pun siap dan mereka terbang sekeluarga menuju tembok Berlin utk menyeberang ke Jerman Barat..

Malangnya.. Hanya beberapa meter lagi utk lepasi tembok Berlin, belon mereka di pukul angin kencang dan terbabas dari laluan asal..

Mereka bernasib baik kerana belon itu terhempas kawasan hutan beberapa meter dari tembok Berlin.. Mereka berjaya lepasi tembok itu beberapa minit sebelum pengawal sempadan Jerman Timur tiba di lokasi mereka..

Inilah satu contoh 'simbiosis' diantara golongan TEORI dan PRAKTIKAL..

Mereka saling memerlukan, tanpa mendabik dada diri mereka hebat..



___________________________
Ustaz Abu Sufian Bin Shafie ~
Pendakwah Bebas
_____________________________

Comments