Gembira Dengan Kematian Musuh Islam - Matinya Panglima Iran

OLEH: Ustaz Idris Sulaiman


Kegembiraan orang Islam dengan terbunuhnya orang yang bertanggungjawab terhadap kematian ribuan saudara Muslimnya memang wajar dan bukan suatu yang pelik.

Bagaimanakah pula jika yang membunuh musuh Islam itu daripada kalangan orang kafir?

Jawapannya, tiada masalah untuk orang Islam merasa gembira.

Sama seperti pada zaman Rasulullah ketika mana kaum Muslimin mengharapkan supaya Rom dapat mengalahkan Parsi manakala kaum musyrikin Mekah mengharapkan supaya Parsi dapat mengalahkan Rom.

Ini kerana kaum Muslimin merasa lebih dekat dengan Rom yang terdiri daripada kalangan ahli kitab manakala kaum musyrikin Mekah merasa lebih dekat dengan orang-orang Parsi yang sama seperti mereka; terdiri daripada kalangan penyembah berhala.



Selang beberapa tahun kemudian, Rom benar-benar mengalahkan Parsi dan kemenangan mereka ini disambut gembira oleh kaum Muslimin.

Peristiwa ini diceritakan dalam al-Quran di awal surah ar-Rom.

Cuma di sini apa yang pelik ialah apabila berlaku sebaliknya, iaitu apabila ada pihak-pihak yang berdukacita dengan kematian musuh Islam itu. Sampai mengucapkan takziah.

Mengapakah jadi begitu?

Wallahualam, barangkali kesetiaannya lebih kepada kaum Syiah berbanding kaum Sunni itu sendiri. Sedangkan Syiah ialah pencela dan pengkafir Sahabat Rasulullah, musuh dalam selimut Umat Islam yang saban hari membunuh orang Islam di Syria dan Iraq.

Musang berbulu ayam mungkin.

Apa pun, hikmah di sebaliknya jelas. Tampaklah warna sebenar masing-masing. Kenallah siapa kawan dan siapa lawan.

Usah terpedaya dengan retorik ‘Hancur Amerika’ dan ‘Selamatkan al-Quds’ jika perbuatan menunjukkan sebaliknya; bersekongkol dengan pihak yang membunuh saudara Muslim.

Semoga Allah terus membuka topeng nifaq kepura-puraan mereka.

Kepada Allah jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.

Pergerakan Hamas Palestin mengucapkan takziah terhadap kematian General Qasem Sulaimani.

Pautan: https://hamas.ps/…/press-release-on-murdering-qassem-soleim…



SYIAH & KHURAFAT BERPISAH TIADA

Pemimpin Tertinggi Iran Ali Khamenei mengumumkan baru-baru ini melalui
paparan gambar lukisan bahawa General Qasim Sulaimani disambut Imam Husain di alam barzakh...

atau malaikat maut?

Semoga Allah memelihara kita daripada segala kesesatan yang zahir dan yang tersembunyi.

___________________________
Ustaz Idris Bin Sulaiman ~
Pendakwah Bebas
_____________________________



Comments