OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi
Kata Ayyūb, “aku berqunut semalaman sampai pagi. Lalu, saya membaca doa ini kepada sahabat-sahabat kami. Kata mereka, ‘adakah kamu mengenali siapa perempuan ini? Inilah Rābi‘ah.’
Kata Ayyūb, “aku akan melamarnya supaya ia dapat membantu agama dan ibadatku.” Ayyūb dan sahabat-sahabatnya pun pergi kepada Rābi‘ah dan apabila lamaran ini disampaikan oleh seorang sahabat beliau, kata Rābi‘ah. “kalau si lelaki itu adalah Ayyūb al-Sakhtiyānī, saya tidak berkenan.”
Kata sahabatnya, “memang, ia adalah Ayyūb.” Kata Rābi‘ah, “kalaulah kamu seperti yang diceritakan, tentulah kamu lebih berfikir tentang neraka daripada berfikir tentang perempuan.”
Saya tidak sempat menyemak athar ini dengan teliti, namun sekadar yang sempat dikaji, athar ini lemah.
Walau bagaimanapun, saya tertarik kepada kisah ini kerana seorang ulama besar, Ayyūb al-Sakhtiyānī dikatakan tertarik untuk berkahwin dengan perempuan solehah dengan niat membantunya dalam urusan agama dan ibadat.
Secara peribadinya, saya kurang bersetuju dengan sikap Rābi‘ah menolak lamaran Ayyūb dengan alasan seorang abid perlu lebih mengingati akhirat daripada berfikir tentang wanita itu, kerana perkahwinan itu adalah sunnah dan sebahagian daripada agama, maka tidak sepatutnya ia diketepikan kerana agama.
Namun begitu, athar ini sebagaimana yang disebutkan tidak sahih, kerana rawinya Muḥammad b. ‘Abd Allāh al-Baynūnī, jadi cerita ini tidak boleh dianggap benar-benar berlaku.
___________________________
Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment