OLEH: Zulfikar Egar
"Saya ada perasaan homoseksual terhadap kawan saya, tetapi saya masih menahan dan tidak melakukan apa-apa lagi yang haram. Apakah yang patut saya lakukan dan apakah nasihat terbaik untuk saya?"
Jawapan Ustaz bagi soalan si penanya itu, kata ustaz;
Perasaan homoseksual ataupun kecenderungan syahwat kepada sesama jantina ini. Ia adalah termasuk daripada syahwat-syahwat yang pelbagai manusia ada di dalam dirinya yang dibisikkan oleh syaitan, digoda oleh syahwat yang memang menyuruh kepada kemungkaran.
Oleh itu, ada orang syahwatnya mencuri.
Ada orang syahwatnya merompak.
Ada orang syahwatnya makan rasuah.
Ada orang syahwatnya mungkin membunuh orang.
Jadi manusia ini ada macam-macam syahwat yang pelik-pelik, jahat-jahat apatah lagi yang lebih teruk.
Kalau kita nak ambil kira layanan syahwat ini sebenarnya, memang tidak akan habis. Dan apa pun jenis syahwat yang kita ada, kita disuruh melawan nafsu kita, disuruh mujahadah.
Dan tidak dinafikan syahwat kecenderungan kepada sesama jantina ini memang ada disebutkan dalam hadis Nabi S.A.W.
Di mana Nabi kata;
"Sesungguhnya perbuatan yang paling kutakuti akan menimpa umatku adalah perbuatan yang dilakukan oleh kaum Luth." [HR. Ibnu Majah]
Kerana syahwat kecenderungan nafsu sesama jenis ini, ia akan merosakkan norma-norma masyarakat dan akan mengkucar-kacirkan sistem kekeluargaan dan seterusnya meruntuhkan sistem kenegaraan itu sendiri.
Jadi disebabkan inilah kita disuruh membendung perasaan tersebut yang mana ia sebenarnya bukanlah satu perkara yang kita tak boleh bendung. Bahkan ia adalah sama seperti syahwat-syahwat yang lain juga, boleh dibendung.
Dan bagi pihak penanya soalan yang mengatakan dia telah berusaha untuk membendung syahwat tersebut, ia adalah tindakan yang baik. Menunjukkan bahawa Allah Ta'ala mengujinya untuk meningkatkan keimanannya.
Jikalau dia lulus ujian ini, tentulah Allah Ta'ala akan angkat kedudukannya dan diberikan ganjaran yang sangat besar.
Apa yang boleh kita nasihatkan kepada beliau ialah, hendaklah berpegang teguh dengan tauhid kepada Allah S.W.T.
Yakin bahawa ini adalah ujian daripada Allah yang mana tujuan ujian itu ialah untuk Allah uji kita supaya kita bersabar dalam kita melawan nafsu kita. Dan akhirnya kita akan mendapat ganjaran di sisi Allah S.W.T di akhirat nanti.
Antara langkah-langkah yang diberi oleh Nabi S.A.W dalam mengelakkan syahwat yang seperti ini. Telah disebutkan antaranya di dalam hadis Nabi S.A.W.
Di mana Nabi sebut;
"Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki lain dan janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain. Dan janganlah seorang lelaki satu selimut yang sama dengan lelaki lain dan juga janganlah seorang wanita satu selimut yang sama dengan wanita lain." [HR. Muslim]
Oleh itu kita kena jauhkan diri kita daripada lelaki yang kita rasa kita ada kecenderungan nafsu padanya.
Dan kita tingkatkan ibadah kita dengan kita beruzlah, mengasingkan diri kita dengan banyakkan iktikaf di masjid, membaca al-Quran. Banyakkan bangun tengah malam dengan tahajjud.
Berzikir kepada Allah S.W.T. Muzalamah (melazimi) diri dengan ibadah. Ini merupakan cara pengasingan diri yang diajar oleh Islam.
Kita pergi ke masjid, solat berjemaah. kita duduk iktikaf di masjid dan kita jaga pandangan kita.
Jangan tengok aurat lelaki. Jangan tengok lelaki yang mana dalam Islam, ada satu istilah iaitu 'amrad', lelaki yang tidak ada janggutnya yakni kurang nilai-nilai kelakiannya, di mana nilai keperempuanan itu lebih padanya.
Yang itu mendorong kepada nafsu sebenarnya. Dan jikalau yang belum berkahwin. Maka salurkan nafsu itu dengan cara yang betul dan halal. Kahwinlah dan nikahlah dengan wanita.
Dengan itu tuntutan nafsu kita akan kita salurkan dengan cara yang baik sebenarnya. Disamping kita ambil langkah-langkah pencegahan. Jaga pandangan kita, jaga pergaulan kita dengan sesama jantina.
Kita salurkan nafsu syahwat tadi dengan cara yang dihalalkan oleh syarak melalui pernikahan yang halal yang dibina di atas undang-undang syariat Islamiyah.
InsyaAllah mudah-mudahan dengan itu, dapatlah membantu sedikit sebanyak orang bertanya itu.
Bi iznillahi Ta'ala.
*Rujukan:
- Ustaz Muhammad Asrie Sobri - Q&A Yayasan Ta'lim : Homoseksual (2018)
___________________________
Zulfikar Egar
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment