Pentingnya Belajar Akidah

 OLEH: Dr Idris Sulaiman

Penting belajar akidah yang berasaskan kepada tauhid mengesakan Allah ﷻ serta menjauhi segala bentuk syirik dan kufur yang merupakan syarat utama masuk syurga dan selamat daripada api neraka.

Firman Allah ﷻ:

إِنَّهُۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَىٰهُ ٱلنَّارُۖ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٖ.

“Sesungguhnya barang siapa menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain maka Allah haramkan syurga atasnya dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim (syirik)."

[Al-Quran, al-Maa’idah, 5:72]

Sabda Nabi ﷺ:

مَنْ ‌مَاتَ ‌لَا ‌يُشْرِكُ ‌بِاللهِ شَيْئًا ‌دَخَلَ ‌الْجَنَّةَ ومَنْ مَاتَ يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئًا ‌دَخَلَ ‌النَّارَ.

“Barang siapa mati dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan apa jua maka dia masuk syurga dan barang siapa mati dalam keadaan menyekutukan Allah maka dia masuk neraka.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Berpegang kepada akidah tauhid serta menjauhi syirik dan kufur merupakan perkara paling penting bagi manusia kerana kegagalan melaksanakannya menatijahkan kesengsaraan di dunia dan akhirat.

Antara bentuk-bentuk syirik dan kufur ialah berdoa dan meminta tolong di alam ghaib daripada selain Allah ﷻ, percaya ada kuasa selain Allah ﷻ yang mengurus dan mentadbir alam, percaya ada orang mati tertentu yang boleh menolong dan menyelamatkan orang hidup, menganggap selain agama Islam dan para penganutnya benar dan akan masuk syurga dan sebagainya.

Akibat tidak memahami akidah.



[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments