Sartunalia Atau Christmast Adalah Buah Ajaran Paulus

  OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Dalam 4 Injil yang di Kanonikan oleh Roman Katolik, nama Barnabas tidak masuk dalam jajaran hawariyun. 

Namun dinyatakan dalam tulisan Paulus yang kemudian dianggap kudus, bertajuk Kisah Para Rasul: bahawa Barnabas adalah tabi'in yang telah berguru kepada Peter dan hawariyun lain.

Hal yang menarik untuk dicermati dalam surat tulisan Saulus tersebut adalah dia mengakui bahawa Barnabas lah yang datang ke Damsyik untuk melihat keadaan dirinya yang telah mendapat 'hidayah'. 

Dengan kata-kata yang digunakan secara simbolik, Saulus atau nama barunya Paulus telah berguru kepada Barnabas. 

Kemudian tidak lama kemudian, berlaku pertikaian antara dia dan Barnabas sehingga Barnabas pergi meninggalkannya.

Paulus tidak menjelaskan secara lengkap dan mendalam tentang pertelingkahan tersebut dalam karyanya, namun dalam Injil Barnabas ada dijelaskan matlamat beliau menulis adalah untuk membongkar kesesatan Paulus.


Bagi para peneliti dan penyiasat, ada beberapa hal yang menarik untuk direnung, iaitu:

(1) Saulus adalah polis Yahudi yang telah menangkap Stefani dan kesannya adalah Stefani di hukum bunuh sambil disaksikan Saulus.

(2) Saulus mendatangi Ketua Polis Yahudi secara sendirian untuk mendapatkan kelulusan memulakan "Opss Hancur Nasrani". Lalu dia diberi kebenaran.

(3) Saulus kononnya melihat Cahaya terang ketika mahu ke Damsyik. Kemudian dia berkata bahawa dia taubat dari sikap permusuhan dan menerima kebenaran setelah peristiwa di tengah jalan ini. Yang melihat cahaya itu hanya dia seorang.

(4) Dalam selang beberapa hari, tidak lebih dari 15 hari, Paulus adalah nama baru Saulus, telah bertukar menjadi ulama yang ilmunya setaraf dengan tabi'in!

(5) Dia melakukan misi dakwah dan pelayaran bersama Barnabas. Setelah Barnabas berpisah maka dia mengunjungi untuk dakwah bagi setiap tempat yang telah Barnabas pergi sebelum itu.

(6) Dia juga menulis kepada umat Kristian bahawa mereka perlu menggunakan Injil yang ditunjuk oleh dia, sehingga wajib mengabaikan dan menolak Injil yang lain.


[Gerakan PENA Malaysia]



Comments