Tiada Yang Tahu Kita Bagaimana Esok Hari

 OLEH: Ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi

Sesungguhnya tiada siapa yang mengetahui apakah yang terjadi pada dirinya besok hari. 

Masih ramai yang duduk-duduk lepak, apabila azan dikumandangkan mereka tidak menyahutnya. Bersyukurlah sekarang masjid telah pun dibuka semula. 

Masih ramai yang tidak mengambil pelajaran atas kesusahan musibah yang menimpa saudara-saudara kita dan kebanyakan orang yang kehilangan pekerjaan, dan tiada sumber pendapatan. 

Masih ramai yang rasa selesa, masih tidak mahu menuntut ilmu, masih buang masa dengan lagu-lagu melalaikan dan tonton cerita-cerita tiada manfaatnya. 

Dahulu ketika ditimpa musibah kita tercari-cari fatwa dan penjelasan ulama. Namun ketika kita rasa tiada keperluannya kita biarkan saja tanpa pedulikan semua majlis-majlis ilmu. 

Ubahlah sikap kita. Tiada siapa tahu apa akan terjadi besok hari.

Firman Allah SWT:

إِنَّ ٱللَّهَ عِندَهُۥ عِلۡمُ ٱلسَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ ٱلۡغَيۡثَ وَيَعۡلَمُ مَا فِي ٱلۡأَرۡحَامِۖ وَمَا تَدۡرِي نَفۡسٞ مَّاذَا تَكۡسِبُ غَدٗاۖ وَمَا تَدۡرِي نَفۡسُۢ بِأَيِّ أَرۡضٖ تَمُوتُۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرُۢ

“Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.” 

-Surah Luqman, Ayat 34.

Nasihat buat diri sendiri.



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments