Ucapan Selamat Perayaan Kafir

 OLEH: Abu Aqif

Mengucapkan selamat berzina, selamat minum arak, selamat bunuh-membunuh adalah jelas haram di sisi agama Islam namun lebih ringan dosanya dari mengucapkan selamat bagi perayaan kafir.

Ramai yang kurang peka apabila mengucapkan selamat bagi perayaan selain Islam di mana mereka sebenarnya sedang mengucapkan selamat untuk melakukan syirik kepada Allah.

Padahal syirik adalah *DOSA PALING BESAR*, tiada lebih besar daripada itu, hatta jika sekarang ada manusia yang sedang merodok perut manusia lain sehingga seratus orang pun, tidak setanding dosanya itu dengan dosa syirik. Tiada ampunan bagi dosa syirik melainkan wajib bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat.

إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

"Sesungguhnya mempersukutkan Allah (syirik) adalah benar-benar kezaliman yang besar." [QS. Luqman: 13].


إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa selain syirik, bagi siapa yang dikehendaki-Nya." [QS. An Nisa’: 48].





Ulama Ijmak Haram Ucap Selamat Perayaan Kafir

Ibnul Qayyim رحمه الله‎‎ berkata;

وأما التهنئة بشعائر الكفر المختصة به فحرام بالاتفاق ، مثل أن يهنئهم بأعيادهم وصومهم ، فيقول: عيد مبارك عليك ، أو تهْنأ بهذا العيد ونحوه ، فهذا إن سلم قائله من الكفر فهو من المحرمات وهو بمنزلة أن يهنئه بسجوده للصليب بل ذلك أعظم إثماً عند الله ، وأشد مقتاً من التهنئة بشرب الخمر وقتل النفس ، وارتكاب الفرج الحرام ونحوه ، وكثير ممن لا قدر للدين عنده يقع في ذلك ، ولا يدري قبح ما فعل ، فمن هنّأ عبداً بمعصية أو بدعة ، أو كفر فقد تعرض لمقت الله وسخطه

"Adapun memberi ucapan selamat pada syiar-syiar kekufuran yang khusus bagi orang-orang kafir (seperti mengucapkan selamat natal, -pen) adalah sesuatu yang diharamkan berdasarkan ijmak (kesepakatan) para ulama.

Contohnya memberi ucapan selamat pada hari raya dan puasa mereka seperti mengatakan, 'Semoga hari ini adalah hari yang berkah bagimu', atau dengan ucapan selamat pada hari besar mereka dan semisalnya.

Walaupun orang yang mengucapkan hal ini terselamat dari kekafiran, namun dia tidak terlepas dari melakukan perkara yang diharamkan.

Ucapan selamat hari raya seperti ini pada mereka sama sahaja dengan kita mengucapkan selamat atas sujud yang mereka lakukan pada salib, bahkan perbuatan seperti ini lebih besar dosanya di sisi Allah.

Ucapan selamat seperti ini lebih dibenci oleh Allah jika dibandingkan seseorang memberi ucapan selamat pada orang yang minum minuman keras, membunuh jiwa, berzina, atau ucapan selamat pada maksiat lainnya.

Ramai orang yang kurang faham agama terjatuh dalam hal tersebut. Orang-orang seperti ini tidak mengetahui keburukan dari amalan yang mereka lakukan.

Oleh kerana itu, barangsiapa memberi ucapan selamat pada seseorang yang berbuat maksiat, bidaah atau kekufuran, maka dia latak mendapatkan kebencian dan murka Allah تعال." [Ahkam Ahli Dzimmah, 1: 441].


[Gerakan PENA Malaysia]

Comments