Kebenaran Wajib Dijelaskan

OLEH: Dr Idris Sulaiman


Wajib ada pihak dalam kalangan umat Islam yang berdakwah menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran.

Firman Allah ﷻ:

وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

“Dan hendaklah ada di antara kamu pihak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh berbuat kebaikan serta melarang kemungkaran. Dan merekalah orang-orang yang berjaya.”

[Al-Quran, Aali Imran, 3:104]

Umat Islam dipuji berbanding umat-umat lain kerana ciri yang ada dalam mereka iaitu amar makruf nahi mungkar.

Firman Allah ﷻ:

كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang didatangkan kepada umat manusia (kerana) kamu menyuruh kepada kebaikan dan melarang kemungkaran.”

[Al-Quran, Aali Imran, 3:110]

Agama Islam ialah agama nasihat yang mengingatkan umatnya supaya prihatin dengan keadaan masyarakat di sekeliling, mengambil berat, bertanggungjawab, mengajak orang lain kepada kebenaran di samping berani menegur kesalahan.

Sabda Nabi ﷺ:

الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ.

“Agama itu ialah nasihat.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Perintah agama supaya memberi nasihat, mengajak kepada kebaikan dan melarang kemungkaran tidak hanya tertuju kepada pihak berkuasa dan agamawan semata-mata sebaliknya menjadi tanggungjawab setiap Muslim mengikut kedudukan dan kemampuan masing-masing.

Sabda Nabi ﷺ:

مَن رَأَى مِنكُم مُنكَراً فَليُغَــيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطعْ فَبِقَلبِه وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإيمَان.

“Barang siapa di antara kalian melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengingkarinya dengan tangannya. Jika dia tidak mampu maka hendaklah dengan lisannya. Dan jika dia masih tidak mampu maka hendaklah dengan hatinya sedangkan itu adalah selemah-lemah iman.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.





[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments