Hadith Fitan Covid-19?

 OLEH: Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya


Hadith fitan juga hadith wahai sahabatku sekalian. Fahamilah ia dengan panduan para ulama. Dalam keyakinan kita kepada kuffar akan sentiasa berkonsipirasi (makar), kita pula jangan tertalbis oleh iblis dengan melakukan fitnah ke atas Sunnah. 

Covid19 makar atau tidak, Sunnah kekal Sunnah. 

Dajjal dah keluar atau tidak, Sunnah kekal Sunnah. 

Al-Mahdi dah lahir atau tidak, Sunnah kekal Sunnah.

Yang paling menyedihkan dan jauh dari Sunnah bila kita gagal meletakkan prioriti. Menjaga akhlak sesama kita bukanlah perkara kecil. Ia terkandung dalam banyak pesanan dari Al-Quran juga Al-Sunnah. Kita orang Sunnah sentiasa diajar adab berkhilaf. Begitu juga kepentingan menjaga ukhuwwah.

Islam adalah agama yang perlu dipraktikkan secara syumul. Bukan solat saja kena ikut Sunnah, aqidah sahaja kena Sunnah, akhlak juga adalah manifestasi aqidah orang Sunnah.


[Gerakan PENA Malaysia]


Comments