Kerana Islam, Menyempurnakan Akhlak


 OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi


Kalaulah bukan kerana Islam, kita mungkin sedang meratah khinzir atau meneguk wain. Kita mungkin bangga mempamerkan lengan bertatu dan berasa "open-minded" kerana membiarkan isteri memakai skirt pendek menari bersama lelaki lain.

Kalau bukan kerana Islam, kita mungkin percaya bahawa manusia itu hanyalah spesies beruk yang genius atau menyangka bahawa nasib kehidupan dipengaruhi roh datuk dan moyang. Kita bahkan mungkin sedang sibuk membaca ramalan horoskop, takut dengan nombor empat, dan tanpa sebab menggantung patung di bawah kereta. 

Kalau bukan kerana Islam, kita mungkin tidak tahu tujuan kita hidup atau kebingungan memikirkan pengakhiran dunia, lalu kita hidup semata-mata untuk bekerja, berseronok, dan membiak, kemudian menanti waktu untuk mati. 

 لولا أنت ما اهتدينا ... ولا تصدقنا ولا صلينا 

فأنزل السكينة علينا ... وثبت الأقدام إن لاقينا

"Ya Allah, kalaulah bukan kerana Engkau, pasti kami tidak mendapat petunjuk,

Kami tidak bersedekah dan tidak juga menunaikan solat;

Maka turunkanlah ketenangan kepada kami,

Dan kukuhkanlah kaki-kaki kami sekiranya bertemu (musuh)."

[Gerakan PENA Malaysia]


Comments