Medan Dakwah

 OLEH: Ustaz Abu Sufian bin Shafie


Ada seorang pemuda yg aktif juga dalam media sosial menegur saya : " Tuan kena tegas soal aqidah, jangan asyik bicara soal akhlak dan kekeluargaan sahaja! ".

Saya tanya dia,  " Kamu pernah turun tak dalam masyarakat, bercakap di khalayak ramai tentang aqidah, tentang tauhid dan syirik dan tentang sunnah dan bidaah?".

Dia jawab,  " Tak pernah, saya biasa berdebat dalam Facebook je".

Baik, saya ceritakan sedikit pengalaman saya, bertujuan untuk menyangkal tohmahan dia yg mengatakan saya tak tegas dalam soal aqidah. 

1. Saya pernah menegur secara baik dalam kuliah.. Ada orang yang bertahun-tahun belajar di masjid,  belajar aqidah, belajar tauhid, belajar fekah, belajar tasawwuf... Tetapi tetap jumpa bomoh bila hilang barang, jumpa bomoh kerana bergaduh laki bini...

Ada yang jumpa orang yang kononnya ustaz (tetapi jahil dalam Sunnah, baca Al Quran pun tak betul, cuma hafal beberapa ayat, orang dah ingat dia alim sangat)..minta air jampi dan siap buat tangkal azimat pengasih kononnya pengikat kasih suami isteri.. 

Lepas kuliah, ada orang call saya.. Memaki hamun dan ajak saya bergocoh... Saya yang ada penyakit panas baran ni terus sahut cabaran dia.. Saya tunggu dia tetapi dia tak sampai-sampai... Bila call, dia dah block saya. 

Ada lagi lah beberapa peristiwa ganas begitu dalam hidup saya... Saya tak pernah gentar.. Tetapi kesudahannya yg sembang kencang tu cabut lari.. Memang begitulah selalunya.. Jenis sembang kencang ni biasanya pengecut. 

2. Saya pernah di datangi sekumpulan orang, paksa saya ceraikan isteri.. Kerana kononnya saya menyesatkan aqidah isteri dan anak-anak... Kerana tidak menyokong parti politik pujaan mereka..

Mereka datang kerana pernah curi dengar saya berkuliah.. Mengikut mereka ajaran saya salah (walaupun yg datang tu ada yg jenis berfahaman Batiniyah, jenis solat pakai niat je). 

Mereka buat provokasi, ajak bertumbuk dan ada diantara mereka bawak batang besi. 

Saya tak gentar, saya standby je mereka dengan kelewang.. Menunggu masa untuk makan orang... Akhirnya mereka yg ramai itu seperti pengecut melarikan diri.. 

3. Soalan provokasi, tentang Wahabi, persoalan Sunnah dan Bidaah.. Semuanya saya jawab terus terang tanpa berselindung.. Sehingga pernah di sekat dari mengajar dari satu surau... Saya hanya bacakan apa yang ditulis pada kitab, tak pernah keluarkan pendapat sendiri. 

Nasihat saya kepada pemuda itu... 

1.Jika nak berdakwah dalam Facebook (iaitu menyeru kepada Allah dan RasulNya, bukan menyeru bidaah dan kesesatan) Silakan... Berdakwahlah dengan hikmah dan medan dakwah masing-masing.. 

2. Tegurlah orang lain yang lebih tua dari mu dengan hikmah dan beradab.. Jangan kurang ajar, kerana dibimbangi kamu akan jumpa orang yang mengajar adab kepada mu dengan cara yang lebih keras.

3. Medan dakwah kita berbeza.. Berdakwah lah mengikut kemampuan dan kapasiti ilmu mu..

Bukan semua orang layak dan mampu menghadapi medan dakwah secara bersemuka dan keras seperti ini.. 

Akhirnya pemuda tadi menutup akaun Facebook dan block saya... Alahai, lemahnya ketahanan jiwa.. Tak sama dengan semangat mula-mula dia sergah saya dulu.. 

Dakwah ini bukannya soal tunjuk hebat.. Ianya kewajiban seorang Muslim, kerana tugas ini akan disoal oleh Allah di Akhirat kelak.. 

Tugas kita cuma menyampaikan.. Soal hidayah adalah milik mutlak Allah...

Dan tidaklah saya mengatakan cara dan tindakan saya itu benar, cuma ianya benar-benar berkesan untuk menundukkan kesombongan orang-orang yang angkuh. 

(gambar dibawah semasa program usrah untuk program pemulihan penagih dadah, sekarang ada diantara mereka pulih dan selalu hubungi saya.. Sudah berkahwin, jadi seorang suami yang baik dan taat kepada agama)


[Gerakan PENA Malaysia]


Comments