An-Nawawi Kembali Kepada Salaf

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


بسم الله الرحمن الرحيم

Aqīdah Salaf ASWJ.

Al-Hāfiz al-Nawawi

💖

قال النووي  

( ومذهبنا بين مذهبين وهدى بين ضلالتين وسنة بين بدعتين اثبات الصفات مع نفي التشبيه والأدوات لا نغالي فنجعلها أجساما فنشبه الله بخلقه.....ولا نقصر فنمحو عنه ما أثبته لنفسه بل نقول كما سمعنا ونشهد بما علمنا)

Al-Imām al-Nawawi berkata, Mazhab kami antara dua mazhab, petunjuk antara dua kesesatan, sunnah antara dua bid'ah, iaitu ithbāt (mengakui) Sifat-sifat Allāh bersama menafikan tashbīh, dan alat-alat, tidak melampau sehingga menjadikan nya jisim-jisim, menyamakanNya dengan makhlukNya, tidak cuai lemah sehingga menghilangkan apa yang Dia sifatkan diriNya dengan nya. Bahkan kami katakan Sifāt seperti yang kami dengar dan kami saksikan sebagai mana yang kami tahu.

.

Nama kitab aqidah salaf Al-Nawawi ialah

( جزء فيه اعتقاد السلف في الأصوات والحروف)

I'tiqād al-Salaf fi al-Aswāt wa al-Hurūf. 

.

سادسا: وقال أيضا(فنحن نصف ولا نشبه ونثبت ولا نجسم ونعرف ولا نكيف )

Berkata al-Imām Al-Nawawi, maka kami mensifatkan Allāh dan tidak menyamakan (dengan sesuatu pun), kami ithbāt dan tidak mentajsimkan , kami mengetahui sifat-sifat Allah dan tidak mentakyīfkan hakikatnya. 


سابعا : وقال أيضا (ونؤمن بجميع احاديث الصفات لا نزيد على ذلك شيئا ولا ننقص منه شيئا كحديث قصة الدجال وقوله فيه إن ربكم ليس بأعور وكحديث النزول وكحديث الاستواء على العرش....)

Kami beriman kepada hadith-hadith Sifāt semuanya, tidak menambahkan dan mengurangkan sedikit pun. 


Seperti hadith dajjal *"Sesungguhnya Tuhan kamu (Allah) tidak bermata satu (bahkan mempunyai dua mata),"* hadith nuzul, dan istiwa' tinggi di atas arasy...

ثامنا : ويقول أيضا ( ونؤمن بأن الله على عرشه كما أخبر في كتابه العزيز ولا نقول هو في كل مكان بل هو في السماء وعلمه في كل مكان لا يخلو منه مكان....)

Berkata al-Imām Al-Nawawi lagi, 

"Kami beriman bahawa Allah di atas arasyNya sebagai mana yang Dia khabarnya dalam kitabNya yang agung, kami tidak katakan Dia di setiap tempat, bahkan Dia di atas langit (ketujuh di atas segala makhlukNya, di atas arasy), ilmuNya di setiap tempat, tiada satu tempat pun yang terlepas dari ilmuNya. 

~Al-Imām Al-Nawawi, risalah *_I'tiqad as-Salaf._*



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments