Para Sahabat Bersungguh-sungguh Mengikuti Sunnah

 OLEH: Ustaz Muhammad Fahmi Rusli


Saat membaca dan meneliti Sahīh Al-Bukhāri, kita dapat melihat betapa bersungguhnya para sahabat - رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ - dalam mengikuti sunnah Rasulullah ﷺ

1- Abū Hurairah - رضي الله عنه - berkata :

لَوْ لَمْ أَرَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَسْجُدُ لَمْ أَسْجُدْ‏

Maksudnya : Sekiranya aku tidak pernah melihat Nabi S.A.W bersujud (ketika membaca ayat sajdah dalam surah Al-Insyiqāq) nescaya aku tidak akan sujud.

Riwayat Al-Bukhāri (1074)

2- Anas bin Mālik - رضي الله عنه - berkata :

لَوْلاَ أَنِّي رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَعَلَهُ لَمْ أَفْعَلْهُ‏

Maksudnya : Kalaulah tidak kerana aku pernah melihat Rasulullah ﷺ melakukannya (solat sunat di atas haiwan tunggangan dan tidak menghadap ke arah kiblat) nescaya aku tidak akan melakukannya.

Riwayat Al-Bukhāri (1100)

Beginilah seharusnya kesungguhan kita dalam memastikan amalan kita menepati petunjuk Rasulullah ﷺ Dari sudut perbuatan, ucapan, serta akhlak.

نَسْأَلُ اللهَ التَّوفِيقَ وَالسَّدَادَ

[Gerakan PENA Malaysia]




Comments