Perintah Untuk Simpan Dosa Dan Aib Sendiri

 OLEH: Abu Aqif

Setiap manusia melakukan kesilapan. Tiada manusia yang maksum melainkan Nabi-Nabi.

Namun itu bukanlah alasan untuk bebas melakukan dosa dan ia juga bukanlah alasan untuk menghebahkan dosa-dosa yang dilakukan kepada umum.

Allah perintah agar setiap dosa dan maksiat yang dilakukan didiamkan, tidak diceritakan kepada sesiapa.

Allah juga perintah untuk meminta ampun di atas setiap dosa-dosa yang dilakukan yang mana Allah telah beri jaminan bahawa setiap dari dosa itu akan diampunkan sekiranya tidak diceritakan kepada sesiapa.

 

عن سالم بن عبد اللّه قال: سمعت أبا هريرة يقول سمعت رسول اللّه صلّى اللّه عليه وسلّم- يقول: كلّ أمّتي معافى إلّا المجاهرين، وإنّ من المجاهرة أن يعمل الرّجل باللّيل عملا، ثمّ يصبح وقد ستره اللّه فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربّه، ويصبح يكشف ستر اللّه عنه


Dari Salim bin Abdullah, dia berkata, Aku mendengar Abu Hurairah رضي الله عنه bercerita bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda,


"Setiap umatku akan mendapat ampunan, kecuali mujahirin (iaitu orang-orang yang berbuat dosa secara terang-terangan).

Dan yang termasuk terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang berbuat (dosa) pada malam hari, kemudian pada pagi hari dia menceritakannya, padahal Allah telah menutupi perbuatannya tersebut, yang mana dia berkata,

"Hai Fulan, tadi malam aku telah berbuat begini dan begitu."

Sebenarnya pada malam hari Rabb-nya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi pada pagi harinya dia menyingkap perbuatannya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." [HR Bukhari no. 6069 dalam kitab Fathul Bari dan Muslim no. 2990].


Semoga bermanfaat. بارك الله فيكم.


[Gerakan PENA Malaysia]




Comments