Prevention Is Better Than Cure ialah Dari Ilham Hadis Nabi

 OLEH: Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya

Kita sering mendengar pepatah menyebut ,

“ prevention is better than cure “ atau dalam bahasa arabnya  الوقاية خير من العلاج...

Bahkan kaedah ini sbnrnya dibina dari hadith-hadith yang sahih bahawa penting langkah berjaga-jaga sebagaimana hadith menutup bekas makanan riwyaat Muslim غطوا الإناء، فإن في السنة ليلة ينزل فيها وباء لا يمر بإناء ليس عليه غطاء، أو سقاء ليس عليه وكاء إلا نزل فيه من ذلك الوباء"

“Tutuplah bekas makanan dan minuman kamu pada malam hari. Setiap tahun ada satu malam yang padanya diturunkan wabak. Tidak akan lalu (melintasi) wabak itu ke atas bekas makanan atau minuman yang tidak ditutup kecuali ia (wabak) masuk ke dalamnya.” [HR Muslim]

((لا يورد ممرض على مصح)) 

أخرجه البخاري في كتاب الطب، باب لا عدوى، برقم 5775، ومسلم في كتاب السلام، باب لا عدوى ولا طيرة ولا هامة ولا صفر ولا نوء، برقم 2221 

”Janganlah mencampurkan (unta) yang sakit ke yang sihat.”(HR. Bukhari dan Muslim) 

Maknanya adalah larangan mencampurkan unta yang sakit, kudis atau yang semisalnya dengan unta yang sihat, kerana pencampuran tersebut terkadang menyebabkan berpindahnya penyakit dari yang sakit ke yang sihat  dengan izin Allah. Hal yang semacam ini sebagaimana sabda beliau:

((فر من المجذوم فرارك من الأسد)) 

أخرجه البخاري في كتاب الطب، باب الجذام، وأحمد في المسند 

“Jauhilah atau larilah dari dari penyakit kusta, sebagaimanalarinya engkau dari singa.” 

(HR. Bukhari, Kitab ath-Thib bab Judzaam, dan Ahmad dalam Musnad, ) 

KesimpulanNy hadith-hadith tersebut memberi erti kata dan kefahaman lain bahawa perlu bagi kita bersifat mencegah dari segala musibah dari mengubati musibah atau penyakit..

it's easier to stop something happening in the first place than to repair the damage after it has happened...

Ketahuilah, Islam dan sunnah sentiasa mendahului segala jenis kaedah ... 

* menjawab persoalan panel buku teks DBP


[Gerakan PENA Malaysia]




Comments