Setiap Amalan Tergantung Pada Niat

 OLEH: Muhd Faiz Sazali

Dari Amirul Mukminin, Abu Hafsh ‘Umar bin Al-Khattab rodhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa ia mendengar Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إنَّمَا الأعمَال بالنِّيَّاتِ وإِنَّما لِكُلِّ امريءٍ ما نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ فهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُوْلِهِ ومَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُها أو امرأةٍ يَنْكِحُهَا فهِجْرَتُهُ إلى ما هَاجَرَ إليهِ

“Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada niatnya. Setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya untuk Allah dan Rasul-Nya. Siapa yang hijrahnya kerana mencari dunia atau kerana wanita yang dinikahinya, maka hijrahnya kepada yang ia tuju.” (HR. Bukhari dan Muslim) [HR. Bukhari, no. 1 dan Muslim, no. 1907]

Niat itu bererti bermaksud dan berkehendak. Letak niat adalah di dalam qalbu (jantung). Ibnu Taimiyah rahimahullah mengatakan,

وَالنِّيَّةُ مَحَلُّهَا الْقَلْبُ بِاتِّفَاقِ الْعُلَمَاءِ ؛ فَإِنْ نَوَى بِقَلْبِهِ وَلَمْ يَتَكَلَّمْ بِلِسَانِهِ أَجْزَأَتْهُ النِّيَّةُ بِاتِّفَاقِهِمْ

“Niat itu letaknya di qalbu berdasarkan kesepakatan ulama. Jika seseorang berniat di qalbunya tanpa ia lafazkan dengan lisannya, maka niatnya sudah dianggap sah berdasarkan kesepakatan para ulama.” (Majmu’ah Al-Fatawa, 18:262)

Seringkali ramai yang gagal dalam memahami niat. Ramai beranggapan yang perkara yang ingin dilakukan perlu dilafazkan walhal keinginan, kehendak seperti makan, minum juga didasari niat. Makan sebab lapar, minum sebab dahaga dan sebagainya.

Dalam hal agama yang berfokus pada ibadah juga tidak lepas pada niat. Misalan membaca zikir di dalam tandas, adakah boleh sedangkan asal zikrullah itu bila dibaca berpahala?

Malah di dalam soal niat terlampau banyak syubhah yang dicampakkan atas kekeliruan kerana kejahilan. Ada yang berpendapat bolehnya membaca surah Al Fatihah setelah solat fardhu. Persoalan-persoalan ini di lontarkan sehingga bermacam-macam syubhah dipermainkan.

Sedangkan jika Sahabat berkehendak mereka sudah mendahului kita melakukannya kerana mereka lebih tahu tentang agama Islam daripada kita. Namun tiada satu riwayat pun yang dijumpai mengatakan Sahabat melakukan amalan Ibadah tertentu yang tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah solallahu alaihi wa sallam. Adakah kita ini lebih hebat, lebih pintar tentang agama Islam daripada mereka? 

Adapun hendak mengatakan Abu Bakr as Siddiq, Omar al Khattab, Utsman ibnu Affan melakukan Bid'ah terang jelas Rasulullah solallahu alaihi wa sallam berpesan agar mengikuti sunnah Khulafa ar Rasyidin setelah baginda Sollahu alaihi salam. Sangat mustahil untuk mereka menyelisihi Rasul yang mereka sangat cintai. 

Oleh itu, niat perlu diselarikan dengan syariat apabila dalam perkara agama hatta hal kehidupan. Adakah benar keinginan apabila berasa lapar tetapi minum air tanpa merasakan makanan sedangkan mampu makan dan makanan terhidang dihadapannya? 

Cukup jelas dan mudah kita fahami hadis ini dalam bab niat. 

Aisyah rodhiyallahu ‘anha berkata bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

« يَغْزُو جَيْشٌ الْكَعْبَةَ ، فَإِذَا كَانُوا بِبَيْدَاءَ مِنَ الأَرْضِ يُخْسَفُ بِأَوَّلِهِمْ وَآخِرِهِمْ » . قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ يُخْسَفُ بِأَوَّلِهِمْ وَآخِرِهِمْ ، وَفِيهِمْ أَسْوَاقُهُمْ وَمَنْ لَيْسَ مِنْهُمْ . قَالَ « يُخْسَفُ بِأَوَّلِهِمْ وَآخِرِهِمْ ، ثُمَّ يُبْعَثُونَ عَلَى نِيَّاتِهِمْ »

“Akan ada satu kelompok pasukan yang hendak menyerang Ka’bah, kemudian setelah mereka berada di suatu tanah lapang, mereka semuanya dibenamkan ke dalam perut bumi dari orang yang pertama hingga orang yang terakhir.” ‘Aisyah berkata, saya pun bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah semuanya dibenamkan dari yang pertama sampai yang terakhir, sedangkan di tengah-tengah mereka terdapat para pedagang serta orang-orang yang bukan termasuk golongan mereka (yakni tidak berniat ikut menyerang Ka’bah)?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Mereka semuanya akan dibenamkan dari yang pertama sampai yang terakhir, kemudian nantinya mereka akan dibangkitkan sesuai dengan niat mereka.” (HR. Bukhari, no. 2118 dan Muslim, no. 2884, dengan lafaz dari Bukhari).

Bila niatnya baik selari dengan syariat dan tidak menyanggah as Sunnah dalam perkara agama pastinya janji yang Allah berikan dia dapatkan. 

[Gerakan PENA Malaysia]

Comments